Ahmed tidak sempat kahwin, syahid dibom tentera Israel

RIBUAN rakyat Jordan termasuk dengan kenderaan bergerak ke sempadan Palestin menuntut agar dibuka sempadan serta bertindak melepasi pusat kawalan sempadan. (Gambar 1)

Ratusan penduduk di utara Semenanjung Gaza telah dipindahkan ke sekolah-sekolah berdekatan akibat pengeboman berterusan tentera udara rejim zionis Israel. (Gambar 2)

Advertisement

Perarakan besar-besar di Tulkram, Nasra, Gaza, Jerusalem, Jenin, Nablus dan Bethlehem di Tebing Barat membantah tindakan rejim zionis Israel menyerang dan mengebom Semenanjung Gaza. (Gambar 3)

Kemusnahan teruk di bandar Beit Hanoun dan kejiranan Al Shajiai, Semenanjung Gaza setelah diserang oleh tentera udara rejim zionis Israel hari ini. (Gambar 4)

Berlaku konfrantasi antara penduduk Palestin dengan pendatang haram Yahudi dan pasukan keselamatan rejim zionis Israel di Masjidil Aqsa sebentar tadi. (Gambar 5)

Seorang anak muda Palestin ditembak oleh tentera rejim zionis Israel berdekatan dengan Ofra, utara Tebing Barat. (Gambar 6)

Berlaku pertempuran antara anak muda Palestin dengan tentera rejim zionis Israel di tembok Jalma, utara Jenin Nasra dan juga di Bab Al Zawia, Hebron.  (Gambar 7)

Ahmed sepatutnya berkahwin hari ini namun syahid akibat pengeboman tentera udara rejim Israel. (Gambar 8)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 15/5/2021

(Laporan situasi di Palestin diambil daripada Facebook Muhammad Khalil Abdul Hadi, malam tadi.)