Rakyat Palestin terkorban makin meningkat


Advertisement

RIBUAN rakyat Jordan yang berkumpul di sempadan Jordan-Palestin menuntut pembukaan sempadan sambil mengibarkan bendera Palestin. (Gambar 1)

Tiga buah roket dilancarkan dari Syria ke Israel.

Pesawat pejuang rejim zionis Israel ketika ini masih meneruskan pengeboman ke atas Semenanjung Gaza. (Gambar 2)

Berlaku pertempuran di antara pemuda Palestin dengan polis rejim zionis Israel di Ain Mahal, Jalil, Kafr Qaraa, Bab Al-Zawia di Hebron, Mount Al Makbar dan Shaafat di Jerusalem, Baqa Gharbiyya dan Haifa di Tebing Barat. (Gambar 3)

Tentera rejim zionis Israel melakukan provokasi terhadap rakyat Jordan yang berdemonstarsi di sempadan Jordan-Israel dengan mengibarkan bendera Israel terhadap mereka. (Gambar 5)

Angka korban terbaharu rakyat Palestin akibat pengeboman pesawat pejuang rejim zionis Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 126 orang termasuk 31 kanak-kanak dan 20 orang wanita serta dilaporkan 950 orang cedera.

Demonstrasi besar-besar berlaku di Hebron, Nasra, Baitulmaqdis, Gaza dan di beberapa bandar lagi bagi menyokong penentangan terhadap rejim zionis Israel. (Gambar 6)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin.

(Kredit: Shehab, Al Jazeera Channel, Al Arabiya Palestine, Al Jazeera Palestine, Middle East Eye.) – HARAKAHDAILY 15/5/2021