Kelantan sumbang RM100,000 untuk Palestin

Gambar fail.
- Advertisement -

KETIBAAN 1 Syawal 1442 Hijriyah, umat Islam di bumi Palestin terus berjuang untuk mempertahankan tempat suci ketiga umat Islam iaitu Masjidil Aqsa. Para Murabithin terus menitipkan semangat jihad yang tinggi dengan cita-cita dipilih sebagai Syuhada’ di sisi Allah SWT.

Perlakuan rejim Zionis bukan sahaja suatu tindakan zalim dan tidak berperikemanusian bahkan telah melanggari prinsip kemanusian dan mencabuli dasar hak asasi tajaan barat itu sendiri.

Saya mengikuti perkembangan secara dekat situasi yang dihadapi rakyat Palestin. Perjuangan rakyat Palestin sudah tentu memerlukan doa dan munajat umat Islam dari seluruh pelosok dunia. Perjuangan rakyat Palestin juga wajib disusuli dengan infaq dan sumbangan daripada kita semua.

- Advertisement -

Atas solidariti tersebut, Kerajaan Negeri Kelantan melalui Tabung Serambi Mekah akan menyalurkan sumbangan RM100,000 sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis.

Sumbangan tersebut akan disampaikan secara terus kepada saudara kita di sana yang sangat memerlukan bantuan kewangan pada masa ini. Orang ramai yang ingin menyumbang kepada saudara kita di sana melalui Tabung Serambi Mekah bolehlah menyalurkan sumbangan melalui:

Tabung Amanah Kebajikan Darulnaim (Tabung Serambi Mekah) 03018010080024 (Bank Islam)

Hantarkan maklumat sumbangan Al-Aqsa melalui whatsapp: Mohd Roshdi bin Ismail (013-9015602)

Sumbangan ini akan dibuka selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 19 Mei 2021. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan lagi beban saudara kita di Palestin pada ketika ini.

Marilah kita sebagai umat Islam terus bermunajat, berdoa dan bersatu hati agar umat Islam di Palestin terus diberi kekuatan disaat genting ini. Semoga Allah SWT memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada mereka dan seluruh umat Islam di mana sahaja berada.

Doa buat Palestin, Selamatkan Masjid Al-Aqsa.

DATO’ BENTARA KANAN
USTAZ DATO’ AHMAD YAKOB
Menteri Besar Kelantan
01 Syawal 1442 / 13 Mei 2021 – HARAKAHDAILY 13/5/2021

- Advertisement -