Apabila Najla mula ‘give up’

- Advertisement -

PADA suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada anak sulung saya Najla yang baru tamat SPM dan perlu menduduki ujian untuk dapatkan syahadah 30 juzuk Al-Quran.

Dengan nada sayup anak saya berkata:

“Ibu, Najla dah tak mahu sambung syahadah, dah tak mampu ibu. Baru pening SPM, terus kena sambung mengulang hafalan.”

“Najla tak mampu nak fokus, kawan-kawan lain pun dah give up.”

- Advertisement -

Saya bertanya ringkas kepadanya dalam nada yang agak tegas:

“Berapa orang tak nak buat ujian syahadah?”

Jawabnya ramai dah surrender.

Kemudian saya tanya lagi.

“Berapa ramai yang dah berjaya buat syahadah?”

Jawabnya, “ramai yang dah punya syahadah.”

“Jika mereka mampu kenapa Najla nak menyerah?”

Saya sudah hilang kata-kata, rasa teramat kecewa dengan permintaan anak sulung saya. Saya cukup pantang anak saya menyerah kalah sebelum berjuang.

Kemudian saya beri telefon kepada suami untuk menyambung perbualan.

“Najla, baba dalam doa baba setiap hari berdoa supaya Najla menjadi seorang hafizah dan gadis yang berjaya. Baba tak tahu di mana silap baba dalam mendidik hingga anak baba jadi begini. Apakah kesalahan baba buat sampai Allah balas macam ni,” luah suami saya.

Saya menangis kecewa mengapa anak saya mudah putus asa dan terpengaruh rakan sebaya. Saya sambung lagi kata kepadanya Najla bukan anak orang biasa-biasa kita mesti jadi yang terbaik.

Dari Tingkatan 1 sampai 5 hafal Quran, tiba-tiba bila time berjuang dalam masa beberapa hari sahaja terus tersungkur.

Akhirnya setelah menamatkan perbualan bersama kami, teresak-esak anak saya menangis kekesalan kerana mengecewakan ibu dan babanya.

“Baiklah ibu, Najla janji akan teruskan.”

Beberapa hari saya tidak menelefonnya kerana sangat kecewa.

Mengapa apabila hampir beberapa langkah menuju penamat dia mahu berhenti kerana pengaruh rakan-rakan dan hendak mudah.

Saya tidak bertanya langsung sehinggalah Najla kembali ke rumah dari asramanya for good sebab dah habis sekolah.

“Bagaimana?”saya tanya

“Lulus” Najla jawab.

Boleh pula. Hmmm. Anak anak.

Kesimpulannya, saya nak kongsikan kepada semua:

1) Ibu dan ayah mesti menjadi penguat anak-anak untuk faham dan belajar Quran.

2) Anak-anak mesti selalu disuntik semangat kerana sudah fitrah zaman remaja mereka mudah terpengaruh dan lebih cenderung kepada keseronokan.

Dalam keluarga, saya sendiri yang mengajar diorang mengaji Quran kerana bagi saya ibu ayah paling tahu makhraj lidah anak-anak kita. Kerana itulah acuan didikan ibu kepada saya. Sehingga saya sudah berkeluarga ibu masih lagi membetulkan bacaan saya. – HARAKAHDAILY 26/4/2021

- Advertisement -