Gagal lapor cubaan sogok salah Akta SPRM

Ahmad Fadhli Shaari
- Advertisement -

PASIR MAS: Kegagalan membuat laporan berhubung kes rasuah ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

Malah pada 2 Disember 2020 tiga kakitangan Kementerian Kewangan dihukum denda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana dianggap gagal melaporkan tawaran rasuah.

Menurut laporan media tawaran rasuah itu bernilai antara RM200 hingga RM600.

- Advertisement -

Sedangkan apa yang didakwa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Salahuddin Ayub tentunya melibatkan jumlah yang lebih besar kerana ia dikait dengan sindiket import daging peringkat antarabangsa.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, laporan segera harus dilakukan bekas menteri terbabit supaya pihak bertanggungjawab khususnya SPRM dapat mengambil tindakan.

Katanya, tawaran percutian mewah daripada syarikat pengimport daging sekiranya benar-benar berlaku ia merupakan kes yang bukan kecil.

“Sewajarnya beliau tampil membuat aduan segera kepada SPRM terhadap mereka yang cuba menyogok rasuah berkenaan sebelum ini.

“Perlu ingat kegagalan membuat laporan berhubung rasuah ia merupakan satu kesalahan di bawah Akta SPRM,” katanya ketika dihubungi di sini.

Kelmarin Salahuddin yang juga Timbalan Presiden Amanah dilapor mendakwa pernah ditawar percutian mewah di Eropah oleh sindiket import daging ketika baru menerajui Kementerian Pertanian.

Pada 2 Disember lepas media tempatan mendedahkan taktik sindiket menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina kemudian membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal palsu.

Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas bagaimanapun memuji integriti bekas menteri berkenaan mendedahkan dia pernah cuba disogok sindiket daging import.

Yang Dipertua PAS Gua Musang, Ustaz Azman Ahmad pula berkata, kes tidak melapor cubaan sogok seperti dialami kakitangan kerajaan akhir tahun lepas hanya melibatkan jumlah yang kecil.

Bagaimanapun katanya, kalau kes sogokan pakej pelancongan ke Eropah tentunya jumlah denda jauh lebih besar. – HARAKAHDAILY 11/2/2021

- Advertisement -