OKU mangsa kebakaran akan dapat rumah baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary berkata, sebuah rumah akan dibina untuk seorang mangsa kebakaran di Pengkalan Chepa.

Katanya, semalam beliau mengumumkan di lama Facebook untuk menyediakan tempat tinggal buat mangsa kebakaran, seorang OKU penglihatan, dalam satu kejadian di kawasan Parlimen Pengkalan Chepa.

Menurutnya, awal pagi tadi, wakil peribadi beliau telah berkunjung untuk mengambil maklumat yang diperlukan dan menyumbangkan wang tunai bagi meringankan beban mangsa.

- Advertisement -

“Insya Allah, kita akan bina sebuah rumah untuk beliau,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Palimen Pengkalan Chepa berkata, pada hari kejadian, ADUN Chempaka, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood telah menyampaikan sumbangan awal. (Foto atas)

“Dengan kebenaran rentas negeri, saya dimaklumkan, Ustaz Ebit Lew yang baru pulang dari Sabah baru-baru ini juga turut menyantuni adik ini petang tadi.

“Alhamdulillah. Selamat datang ke kawasan parlimen saya, Parlimen Pengkalan Chepa, iaitu pintu masuk melalui udara ke Kelantan,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu termasuk seluruh rakyat yang prihatin yang tidak putus-putus mendermakan wang ringgit ke akaun bank Fakhru Rrazi yang sama-sama menginap di rumah itu. – HARAKAHDAILY 10/2/2021

- Advertisement -