Saudi sekat kemasukan pelawat dari 20 negara

- Advertisement -

RIYADH: Arab Saudi pada Selasa menyekat kemasukan pelawat dari 20 negara sebagai langkah pencegahan membendung penularan Covid-19, lapor Agensi Anadolu.

Warga Arab Saudi, diplomat, petugas kesihatan dan keluarga mereka bagaimanapun, dikecualikan, menurut Agensi berita Arab Saudi memetik sumber Kementerian Dalam Negeri.

- Advertisement -

Keputusan itu dijangka berkuat kuasa mulai 9 malam waktu tempatan pada Rabu.

Negara disenaraikan ialah Argentina, Emiriah Arab Bersatu, Jerman, Amerika Syarikat, Indonesia, Itali, Pakistan, United Kingdom, Turki, Sweden, Perancis, Lebanon, Mesir, India, Jepun, Ireland, Brazil, Portugal, Switzerland dan Afrika Selatan.

Arab Saudi mencatatkan 310 kes baharu Covid-19 dan empat kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan 368,639 kes dan 6,383 korban. – BERNAMA

- Advertisement -