Penjawat awam Kelantan dapat bonus lagi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mengumumkan pemberian tambahan bantuan khas sebanyak RM400 lagi kepada penjawat awam di negeri itu.

Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, penambahan itu menjadikan kesemua 6,854 penjawat awam negeri akan menerima bantuan berjumlah RM1,000 setiap seorang.

- Advertisement -

Katanya pembayaran keseluruhan akan dibuat pada 21 Januari ini.

“Pemberian tambahan berkenaan berikutan prestasi kewangan tahun 2020 menunjukkan akaun semasa kerajaan negeri mencatatkan kedudukan lebihan sebanyak RM45.44 juta.

“Sumbangan berkenaan diberikan sebagai penghargaan di atas pencapaian surplus sebanyak empat tahun berturut-turut.

“Sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen kerja, kerajaan negeri bersetuju memberi bantuan tambahan sebanyak RM400 lagi,” ujarnya sempena Amanat Khas Tahun Baru 2021 dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan di Dewan Jamuan Utama Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Pada November lalu kerajaan negeri mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak RM600 kepada kakitangan awam, manakala RM300 untuk lantikan politik.- HARAKAHDAILY 5/1/2021

- Advertisement -