PAS harap Umno-Bersatu usaha ke arah perpaduan

Tuan Guru Dato’ Ustaz Hashim Jasin
- Advertisement -

KANGAR: Sungguhpun akar umbi Umno memberi isyarat menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu, namun PAS berharap kedua-dua parti terbabit dapat berusaha ke arah mencapai perpaduan.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, perpaduan membabitkan tiga parti utama orang Melayu termasuk PAS sangat diperlukan walaupun pelbagai halangan berlaku ketika ini.

- Advertisement -

“Walaupun sekarang berbangkit pelbagai halangan, tetapi kita berharap halangan tersebut dapat diatasi dengan baik.

“Apa cara sekalipun, kita perlu berhadapan satu lawan satu pada pilihan raya akan datang. Kita sentiasa berdoa agar usaha ke arah perpaduan akan tercapai,” katanya ketika ditemui di Kompleks PAS Perlis (KOMPAS) di sini.

Baru-baru ini, Presiden Umno Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu 189 daripada 191 bahagian Umno yang selesai bermesyuarat 4 Januari lalu menolak kerjasama dengan Bersatu.

Ustaz Hashim juga berkata, walaupun majoriti akar umbi menolak kerjasama dengan Bersatu, namun Majlis Tertinggi Umno belum membuat keputusan secara muktamad. – HARAKAHDAILY 5/1/2021

- Advertisement -