‘Hanya komen di media, tak jawab surat’ – SetPol MB

- Advertisement -

“KITA belat sungai, alih sungai itu pi tempat lain. Dak kut kan noo. Takkan kena pi sampai tara tu.”

“Tiap-tiap tahun kerajaan negeri hantar surat untuk Kerajaan Pulau Pinang bayar, tapi depa tak layan.”

“Dalam dunia moden ni, boleh ada perundingan. Buat(lah) perundingan yang ‘proper’.”

- Advertisement -

Ayat di atas ialah respon spontan Menteri Besar (MB) bila wartawan tanya mengenai keengganan P. Pinang untuk bayar air kepada Kedah (lihat petikan video sidang media berkenaan). 

Perhati betul-betul ayat itu. Isu pokoknya ialah P. Pinang enggan bayar air kepada Kedah, bukan isu ‘belat’ sungai. Kerajaan Negeri Kedah telah utuskan surat kepada Kerajaan Negeri P. Pinang, menuntut supaya membayar air yang diambil dari Sungai Muda (rujuk dokumen jawapan bertulis Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang). 

Difahamkan, surat itu telah diutuskan lebih dari sekali, sejak zaman MB sebelum ini lagi (zaman PH). Tapi sekali pun surat itu tak pernah dijawab. 

Mengutus surat antara satu kerajaan dengan kerajaan yang lain (G to G) adalah satu kaedah diplomasi yang ada dan telah diamalkan sejak sekian lama. Tujuannya adalah untuk berunding. 

Mula-mula utus surat dulu. Setelah ada respon, barulah pergi ke meja perundingan. Inilah yang dimaksudkan oleh MB Kedah dalam sidang media itu.

Yang ada hanyalah komen dalam media sahaja. Surat rasmi tetap tak dijawab. Takkanlah nak pergi sampai tahap kena ‘belat’ sungai barulah Kerajaan Negeri P.Pinang nak jawab surat itu? Tak perlu sampai tahap itu. Benda boleh bayar, buat apa nak belat. 

Yang pelik, dalam laporan media tahun 2018 kata nak runding untuk bayar. Kemudian tahun 2020 kata tak nak bayar pula. 

Yang mana satu ini? Kenapa prinsip berubah-ubah? Takkan berubah prinsip bila berubah parti pemerintah? Mahal harga air lagi dari prinsip yang sebegitu. 

Punca isu air P. Pinang ini timbul apabila CEO Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dengan sewenang-wenangnya mempertikai hasrat Kerajaan Negeri Kedah untuk menjalankan kajian mengenai REE. 

Apabila dimaklumkan oleh Kementerian Tenaga Dan Sumber Asli (KETSA), bahawa ada REE di Kedah, maka Kedah ambil inisiatif untuk buat kajian apakah REE yang ada itu dan bagaimana cara untuk manfaatkannya kepada Negeri Kedah. 

Oleh kerana REE itu difahamkan berada di bawah Hutan Simpan Ulu Muda, maka perlu ada satu kajian khusus bagaimana hendak dimanfaatkan REE itu tanpa menjejaskan Hutan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air untuk Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. 

Dalam keadaan Kedah baru nak buat kajian, tiba-tiba muncul CEO PBAPP yang tiba-tiba jadi hero dan minta Kedah supaya buat itu buat ini. 

PBAPP ini syarikat yang menjana keuntungan daripada pengoperasian air. Walaupun PBAPP sedut air dari Sungai Muda yang ada di dalam sempadan Negeri Pulau Pinang, air itu puncanya dari Hutan Simpan Ulu Muda yang lalu mengalir ke Sungai Muda (rujuk penjelasan MB Kedah di dalam video). 

Kedah sedut air dari sumber yang sama, kena bayar RM0.03 sen kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK). Kenapa kena bayar? Sebab nak pelihara kawasan tadahan air di Hutan Simpan Ulu Muda. Hasil bayaran itu boleh guna untuk buat aktiviti pelihara hutan. 

P. Pinang pun sedut air dari sumber yang sama. Tapi tak nak bayar. Bayaran itu untuk aktiviti pelihara hutan. Pelik. Duduk bising suruh jaga hutan. Tapi tak nak keluar duit untuk kos aktiviti jaga hutan. Nak jaga hutan ke tak mahu? Kalau cakap tak serupa bikin, tak payah la nak ajar orang. Duduk diam-diam sudah. 

AFNAN HAMIMI
Wisma Darul Aman – HARAKAHDAILY 14/12/2020

- Advertisement -