PAS sentiasa menghormati Duli Yang Maha Mulia Sultan

- Advertisement -

PAS sebagai sebuah parti yang sentiasa menghormati dan menjunjung kedaulatan institusi beraja sentiasa memastikan selayaknya sebarang urusan yang berkaitan dengannya perlu ditekuni dengan penuh teliti dan beradab.

Adapun dalam hal kehadiran ke Istana Perak, disebabkan PAS tidak mahu terkhilaf dalam membuat keputusan terutama jika ianya bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan, maka PAS mengarahkan semua ADUN PAS untuk hadir ke Istana setelah menerima Titah Menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak.

- Advertisement -

PAS akan berusaha dan berikhtiar bersama rakan parti Perikatan Nasional untuk menyelesaikan kemelut politik Perak secara berhemat dan terbaik demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara.

 Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HASSAN
Setiausaha Agung PAS – HARAKAHDAILY 9/12/2020

RALAT: Penyiaran gambar sebelum ini di berita di atas dengan meletakkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak bersama Setiausaha Agung PAS sama sekali tidak bertujuan atau berniat menyamakan taraf kedudukan darjat Raja Pemerintah dan rakyat. Teguran berkaitan protokol ini telah diambil maklum oleh pihak kami dan dengan suci hati merafak sembah memohon ampun kepada Duli Tuanku Sultan atas kekhilafan tersebut.

- Advertisement -