Penghinaan terhadap Presiden PAS keterlaluan, biadab

terhadap
- Advertisement -

BATU PAHAT: Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Batu Pahat, Mohd Tumiran Ahmad menyifatkan perbuatan menyamakan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan berhala adalah sangat melampau.

- Advertisement -

Malah katanya, tindakan keterlaluan terhadap tokoh ulamak dihormati dan pemimpin masyarakat itu adalah kebiadaban berlebih-lebihan, apatah lagi apabila perbuatan tersebut dilakukan oleh orang yang mengaku Islam.

“Meskipun mungkin disebabkan api kemarahan yang begitu meluap-luap terhadap pimpinan nombor satu PAS itu namun, tidak sepatutnya sebagai seorang Islam tergamak menyamakan beliau secara penghinaan begitu.

“Islam tidak pernah mengajar penganutnya menghina atau mencerca sesama manusia walaupun berlainan fahaman agama mahupun fahaman politik lebih-lebih lagi sesama Islam itu sendiri.

“Sehubungan itu PAS Batu Pahat meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci ke atas individu berkaitan dan mengambil tindakan yang sewajarnye kerana tindakan beliau ini sangat serius,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ahli Jawatankuasa PAS Batu Pahat, Misran Samian yang membuat laporan polis terhadap Ketua PAN Kawasan Ledang, Azhar Ismail.

Azhar telah bertindak menyamakan Tuan Guru Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah dengan berhala menerusi hantaran di laman Facebook peribadi milik beliau baru-baru ini.

Laporan yang dibuat di Balai Polis Batu Pahat itu semalam turut dihadiri beberapa pimpinan PAS Kawasan tersebut. – HARAKAHDAILY 10/10/2020

- Advertisement -