Azerbaijan VS Armenia

- Advertisement -

KALI ini saya tulis ringkas-ringkas saja. Tulis panjang-panjang tak ramai rajin baca. Puncanya ialah sejarah penjajahan, ditambah dengan perencah beberapa kuasa dunia untuk meraih kepentingan masing-masing. Kawasan yang menjadi isu sekarang ini ialah Nagorno Karabakh. Sebelum era Nation State, ia berada di bawah Armenia.

Tapi, lepas Soviet jatuh 1992 berlaku pergaduhan. Wilayah tersebut diletakkan di bawah Azerbaijan, tapi masih dipegang oleh Armenia. Armenia letakkan tentera dan lain-lain penguasaan sebab majoriti rakyat di situ adalah Armenia. 

Armenia hari ini baik dengan Rusia. Manakala Azerbaijan baik dengan Turki dan Israel. Dalam masa yang sama Rusia tak mahu ditolak oleh Azerbaijan. Dari segi geopolitik pula, kawasan Azerbaijan-Armenia ini boleh dikatakan menjadi rebutan percaturan kuasa-kuasa besar seperti Amerika, Turki, Iran dan Rusia.

- Advertisement -

Dalam masa yang sama, boleh diakui wujudnya proksi-proksi yang ‘menyumbang’ kepada persengketaan kedua-dua wilayah itu. 

Jangkaan masa depan, pergolakan tersebut mungkin mengheret kepada konflik di Turki dan Iran. Dan hasilnya pasti menguntungkan Barat (Israel).

Hari ini, Laut Merah hingga Tanduk Afrika boleh dikira selamat untuk Israel. Manakala di negara di sekitarnya bergolak teruk, dengan isu Empangan Eithiopia, Sempadan Turki-Syria (isu Kurdistan) dan lain-lain.

Ditambah pula dengan konflik Azerbaijan vs Armenia mungkin ke arah menjayakan agenda Israel Raya. Ringkasnya, isu Azerbaijan Armenia ini ialah ‘luka lama ditoreh kembali’. Tujuan ditoreh itu adalah untuk kepentingan kuasa-kuasa besar.

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 9/10/2020

- Advertisement -