Generasi umat Islam sedang dididik ‘cintai’ Israel?

- Advertisement -

MASA saya mula-mula tengok gambar ini rasa geram sangat. Anak-anak dari negara UAE ini diajar mengibarkan bendera penjajah selepas negara mereka melakukan normalisasi dengan Israel. Tapi lama-lama rasa kasihan pun ada. Kasihan kepada anak-anak ‘kain putih’ ini yang dirosakkan oleh ibu bapa yang pastinya juga tertelan propaganda dan tipu helah musuh.

Kawan-kawan, bila nampak gambar ini kita akan marah dan sebut yang ia tak patut. Tetapi pada masa sama kita juga kena banyak berfikir. Walaupun kita tak terang-terang mengajar anak-anak supaya cintakan penjajah, adakah kita telah mengisi dada mereka dengan semangat mencintai perjuangan dan cakna kepada ummah? 

Adakah anak-anak kita bila melihat orang susah akan tergerak hati mereka untuk bersedekah dan apabila melihat anak-anak saudara seagama mereka dianiaya akan ada rasa marah untuk agama?

- Advertisement -

Atau adakah anak-anak kita menolak Israel tetapi hanyut dengan gajet-gajet dan aplikasi buatan musuh yang melalaikan seperti Tiktok dan Snapchat?

Adakah kita menolak musuh secara zahir tetapi secara tidak langsung kita menjunjung budaya mereka seperti pergaulan bebas, keji-mengeji dan memecah belahkan umat serta tidak menjaga aurat?

Marilah kita sama-sama bemuhasabah. Takut-takut kita tidak mengibarkan bendera mereka tetapi kita giat memasakkan panji-panji mereka di dalam kehidupan keluarga tanpa sengaja. Bina Islam bermula dengan keluarga agar ia kelak berdiri kukuh di persada dunia. Kalau ada manfaatnya, kongsikan untuk kesedaran bersama.

NADIR AL-NURI – HARAKAHDAILY 9/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -