Rahsia YB PAS terbongkar!

- Advertisement -

TERNYATA resepi yang dipakai ini disukai ramai.

Sungguh indah Pulau Sahadir,
Terletak di belitung dikunjung ramai,
YB Ahmad Amzad Hashim diundang hadir,
Memberi amanat disukai ramai.

“Itu dia mukadimah… pantun sutir wi ke sek ganu kita dan sek yang sedang baca ini…”

Pada minggu yang lalu saya sempat memberi whatsapp kepada YB Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mesej saya: YB saya nak jemput tolong bagi sijil kepada pertubuhan saya pada 30 September 2020 dan memberikan amanat kepada masyarakat selalu.

YB: Insya-Allah saya akan hadir.

- Advertisement -

Senang saja nak jemput YB PAS kita ini… Ibarat kalau beliau ada waktu kelapangan mesti beliau akan hadir. Begitulah… 

Lepas itu YB pun masuk wad kerana pembedahan nak wak keluar batu. Saya pun debor sebab takut YB dok leh hadir, apa pun saya berikan mesej kepada semua ahli pertubuhan agar mendoakan supaya YB sihat dan berjaya menjalani pembedahan.

Lepas itu YB berjaya dan saya call tanya pengalaman beliau. Saya sempat memberi nasihat sebagai sahabat supaya banyakkan rehat. Tapi saya tengok dalam Facebook dia… dok rehat starang… pergi jumpa rakyat, pergi situ sini… kira kerah jugok nafsu dia itu… walaupun baru selesai pembedahan rakyat tetap disayangi dan tiada alasan untuk berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu walaupun dalam keadaan sakit.

Sampailah 30 September. Saya debor jugok takut YB dok leh mari sebab takut ada postcab. Eh tiba-tiba YB call dia kata dia akan sampai hari ini… Dan tanya kita pula nak suruh jam berapa sampai…

Woooi YB tanya kita jam berapa nak suruh sampai? Mana nak cari YB ginih

Saya cakap jam 6 petang semoleknya. Dia sampai sebelum jam 6 petang iaitu 5:55 petang (gelaboh kita nak turun sambut dan nak atur group kompang, dung dung pok pok sambut YB).

Dah lah saya nok kecing masa itu.. tahan sajalah, nok sambut sahabat kita ini… eeee… sejuk tangan. Tunggu lift pula lama, sebab lift boleh masuk 4 ke 5 orang saja maksimum. Saya mitok potong Q… mujur orang beri.

Orang kata kalau jemput orang politik mesti lewat… itu karut belaka. (Mungkin saya belum kena) Saya jemput, YB mari awal pula 5 minit (bahkali dia nusut awal dengan drebar dekat-dekat hotel, tak tahulah). Dengan keadaan jalan jem di KL, tahu tahu jerlah Jalan Imbi dan KL sesak bukan main jem…

Sapa jer terus diperiksa suhu dan masuk dengan topeng muka, jaga SOP. Terus silaturahim dengan tetamu yang lain. Saya tengok wajah dia sihat dan cara komunikasi dengan rakyat serta penasihat-penasihat lain sangat terpuji… Sampai ada orang pertubuhan saya tanya itu Timbalan Menteri ke siapa…

Saya cakap ya… YB Timbalan Menteri MOSTI, mereka tanya saya, kenapa dia tegur kita dulu… olohhh low profilenyaTimbalan Menteri… Macam tak percaya… YB dengan masyarakat yang baru mengenalinya.

YB terus menunaikan Solat Maghrib, saya pun curi-curi ambil gambarnya (sorry YB). Lepas nak start berucap beliau masuk dewan dan memberikan amanat… Satu saja ucapan bergegar satu dewan, YB tanya…

Da Jia Hao?” seluruh dewan menyahut pertanyaan YB… “Hao” Sukanya rakyat dengar YB PAS berucap. YB telah beri banyak amanat yang baik untuk memajukan pertubuhan dan juga telah memperkenalkan fungsi MOSTI supaya lebih ramai yang tahu.

Setelah itu YB beri sijil dan masa itu tiap-tiap orang yang naik ditegur… Apa khabar, dari mana, dan dia pula duluan ucap terima kasih… Menjadikan rakyat baru, kenal, tak gentar menemuinya…

YB juga turut menyampaikan kerusi roda kepada Orang Kurang Upaya yang memberi titisan air mata kepada penerimanya. Selepas itu YB buat cabutan bertuah dan diikuti dengan menyaksikan tanda tangan MOU bagi rakan strategik pertubuhan.

Turun saja YB ramainya orang nak selfie denganya, pah itu YB pun makan sambil melayan masyarakat dengan mengikut SOP sosial.

Maknanya moral yang kita dapat. Seorang wakil rakyat tidak pernah tunjuk lagak dan kesombongannya dan dengan itu, ramailah masyarakat dan rakyat yang menilai ketokohan beliau sehinggakan boleh memimpin sebuah Kementerian MOSTI sebagai Timbalan Menteri.

Tidak sia-sia masyarakat Kuala Terengganu memberikan undian kepadanya dan tidak sia-sia YB Tok Guru Ayah Chik Presiden PAS memberi didikan dan peluang kepadanya sebagai calon yang menang dan sebagai Timbalan Menteri.

YB ginih kita sanjung dan kita sokong… Inilah suara keramat rakyat kepada YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga merangkap geng kita semua.

“Koho tulis koho sedak, jadilah kita berhenti dulu nulis.”

Majlis 5 Pertubuhan serentak:

(1) Maswim.
(2) Mahas.
(3) Masic.
(4) Mascom.
(5) Masdea.

DATO’ DR ALEX ONG – HARAKAHDAILY 5/10/2020

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -