Presiden PAS rakam tahniah kemenangan GRS

TAHNIAH kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diterajui Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah atas kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri Sabah.

Advertisement

Kepada para pengundi, terima kasih atas kepercayaan ini.

Kepada sekalian wakil rakyat, tunaikanlah tanggungjawab dengan sebaiknya demi kemaslahatan agama, bangsa dan negara.

InsyaAllah PAS akan turut menyumbang dalam usaha memperkukuh perpaduan dan membela kebajikan rakyat secara bersama.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS – HARAKAHDAILY 27/9/2020