Penghinaan terhadap perajurit negara keterlaluan!

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Malaysia menyelar sikap biadab pemimpin Parti WARISAN Sabah yang juga calon WARISAN Plus DUN Segama, Mohamadin Ketapi dalam suatu ceramah yang tular di media sosial semalam.

Dalam ceramah itu menyebut beberapa perkara yang menghina dan memperlekeh pengorbanan perajurit negara yang berkorban bertugas ketika Ops Daulat di Lahad Datu beberapa tahun lepas melawan pencerobohan dari musuh negara yang durjana.

Di antara ayat keterlaluan yang biadab diucap oleh pemimpin WARISAN dalam video itu terhadap operasi Ops Daulat itu adalah seperti;

- Advertisement -

“…disuruh kereta kebal masuk pigi kampung-kampung suruh berperang sama ayam, siapa kawan dia berperang? Tidak ada. Ayam sama anjing di kampung kawan dia berperang”.

Pemimpin parti WARISAN apatah lagi anak Negeri Sabah patut bersyukur dengan adanya pengorbanan barisan hadapan perajurit terutama yang mengawal ini yang siang malam bertugas mengawal sempadan tatkala kita bersenang-lenang tidur dengan aman di rumah masing-masing.

Begitu juga mengenangkan mereka yang terkorban ketika melaksanakan tugasan dalam Ops Daulat sehingga diratapi oleh keluarga dan anak-anak mereka yang sepatutnya dibela nasib mereka oleh pemimpin kerana jasa ahli keluarga mereka.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan ini mengajak agar semua perajurit dan anak Sabahan dapat ‘mengajar’ kebiadaban pimpinan WARISAN Plus ini dengan menterjemahkan tindakan penolakan pada PRN kali ini agar selepas ini mereka tidak sewenangnya mengulangi semula perbuatan tersebut. 

IR. KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 22/9/2020

- Advertisement -