Menangkan rakan muafakat, kalahkan WARISAN Plus

DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah bertekad untuk membantu memenangkan kerusi-kerusi rakan muafakat yang terdiri dari Perikatan Nasional Sabah (PN) dan Barisan Nasional Sabah (BN) Sabah dalam pilihan raya negeri Sabah yang kini sedang berlangsung.

Advertisement

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyambut baik dan patuh kepada kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang memberikan laluan kepada parti komponen PAS untuk bertanding bagi memelihara agenda permuafakatan sekali gus memenangi PRN Sabah.

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin yang sentiasa memberi kebersamaan, komitmen kepada jentera Pemuda PAS Sabah untuk terus berpartisipasi di dalam PRN kali ini membantu rakan parti yang lain.

Sebagai bukti awal kebersamaan, kita dapat melihat sebahagian jentera PAS yang berada di seluruh kawasan di Sabah bersama mengiringi calon PRN Sabah yang diwakili oleh Perikatan Nasional Sabah dan Barisan Nasional Sabah yang terdiri daripada Umno dan BERSATU pada hari penamaan calon di beberapa lokasi hari ini.

Sebagai menyahut arahan pimpinan tertinggi, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah juga akan mengerahkan jentera Pemuda PAS setempat di seluruh negeri bagi membantu memenangkan calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional sebagai gerak kerja permuafakatan untuk melihat DAP dan WARISAN Plus tumbang dalam PRN pada kali ini di Sabah.

Sekian, terima kasih.

“Muafakat Menuju Kemenangan”

ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah – HARAKAHDAILY 12/9/2020