PAS sedia bertanding di PRN Sabah – Presiden

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyertaan PAS bertanding dalam PRN Sabah adalah bersama perbincangan dengan Perikatan Nasional sama ada melibatkan jumpah kerusi mahupun penggunaan simbol, demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ditanya media kemungkinan PAS akan menggunakan simbol BN, beliau menegaskan bahawa PAS tiada masalah untuk hal itu, namun ia terletak pada keputusan yang akan dibuat kerana ada parti Sabah mahu buat simbol sendiri dan terpulang juga memakai simbol masing-masing.

Beliau turut menyuarakan kemungkinan menggunakan simbol Perikatan Nasional yang juga sudah wujud cadangan mengenainya di mana akan diperhalusi kewajarannya dan mahukan penerimaan daripada rakyat serta ia bukan pertama kali bagi PAS.

“PAS pernah guna logo lain, tahun 1974, PAS pernah guna logo lain, ketika PAS dalam Barisan Nasional. Dan PAS terlibat dalam penubuhan Barisan Nasional dulu. Bukan kali pertamalah,” jelasnya di Masjid Rusila, Marang pagi tadi.

Mengulas dakwaan pihak PAN bahawa ahli PAS tidak akan memberi undi kepada BN dan sebaliknya kerana rasa sangsi, beliau menyifatkan tindakan PAN bersuara demikian sebagai ‘talian hayat’ untuk menunjukkan parti itu masih ada dan tetapi hidup dengan dukungan DAP.

Katanya, sebagaimana PAS ada Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP), PAN pula adalah Dewan Penyokong DAP dan menjawab mengenai terdapat ahli PAN akan menyertai PAS, beliau menegaskan bahawa parti ini bersifat terbuka dan permohonan mereka akan dilihat.

“Kerana PAS pernah biasa terima ahli BERJASA yang keluar daripada PAS dulu tahun 1979, tubuh parti BERJASA, bahkan jadi Exco pun di Kelantan, bekas parti BERJASA, jadi pemimpin pun ada, pemimpin tinggi yang pernah keluar parti, dia masuk balik. Itu biasalah itu,” ujarnya.

Menjawab media yang memaklumkan bahawa Presiden PAN, Mohamad Sabu mendakwa PN sebagai kerajaan kelam kabut, bidasnya, PH lebih kelam kabut lagi kerana krisis dalaman dalam satu parti dan sesama parti sedangkan PN tidak begitu. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -
- Advertisement -