Kelantan Bikers jejaki lokasi sejarah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelab Kelantan Bikers akan menjelajah seluruh negara melalui program Jejak Persejarahan Kemerdekaan sejauh 1,603 kilometer bermula hari ini.

Seramai 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai program Ride Merdeka Kelantan 2020 anjuran bersama Kelantan Bikers dan Tourism Malaysia Wilayah Timur.

- Advertisement -

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Hafiz Hazin berkata, program jelajah itu bermula di Dataran Masjid Muhammadi Kota Bharu dan berakhir pada 31 Ogos ini di Kemubu, Gua Musang.

Menurutnya, program tersebut bertujuan membakar semangat kemerdekaan dengan menjejaki beberapa lokasi-lokasi peninggalan sejarah yang membawa kemerdekaan kepada negara sebelum ini.

“Ini merupakan salah satu inisiatif yang kita ambil untuk mendidik masyarakat dalam pelbagai skop.

“Konvoi kita akan singgah di tempat-tempat bersejarah yang mengimbau kembali kenangan di zaman sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan,” ujarnya kepada media selepas majlis Pelepasan Konvoi Ride Merdeka Kelantan 2020.

Program itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Ustaz Wan Roslan Wan Hamat. – HARAKAHDAILY 28/8/2020

- Advertisement -