Ikon anak muda Manjoi komited program kebajikan

TAMBUN: Penyelia Pusat Khidmat PAS DUN Manjoi, Ustaz Hafez Sabri berkesempatan membantu program gotong-royong membaiki atap penduduk di perumahan Taman Meru 2B, di sini kelmarin dahulu. 

Advertisement

Ia dijayakan pihaknya dengan kerjasama Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Tambun bagi membaiki kebocoran atap rumah yang dialami Mohd Abdullah yang diterbangkan angin ribut baru-baru ini. 

Terdahulu, Ustaz Hafez yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Tambun menziarahi masyarakat setempat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sekitar DUN Manjoi.

“Kerja-kerja kebajikan ini adalah program rutin dan tradisi yang sudah lama kita jalankan. Ia dijayakan sebagai khidmat bakti dan jalinan mesra kepada masyarakat di sekitar DUN Manjoi.

Alhamdulillah, saya mewakili Jawatankuasa Pusat Khidmat DUN Manjoi begitu gembira dapat menyantuni dan membantu masyarakat semampu mungkin bagi meringankan beban mereka,” jelas beliau yang juga merupakan Pengarah Komunikasi Strategik Kerajaan Negeri Perak.

Antara diziarahinya adalah penduduk setempat yang menghidap penyakit kronik termasuk berpeluang menghadiri solat jenazah Timbalan Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kledang Jaya,  Allahyarham Miskam Kadar. – HARAKAHDAILY 8/7/2020