ADUN Gunung Semanggol usaha bantuan buat OKU

- Advertisement -

BAGAN SERAI: ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria telah menyantuni keluarga asnaf yang memiliki seorang anak Orang Kelainan Upaya (OKU) di Bandar Lembah Beriah, Bukit Merah, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Haslizah Ibrahim, 32, ketika ditemui menceritakan beliau bersama suaminya Muhammad Fauzi Abd Wahab, 40, terpaksa menghadapi kesempitan hidup berikutan ujian yang dihadapi keluarganya.

Muhammad Fauzi ketika ditemui berkata, pendapatan bulanan beliau sebagai pemandu bot memancing di kolam Bukit Merah yang tidak menentu sedikit sebanyak membebankan perbelanjaan keluarganya. 

Bukan itu sahaja, malah menurut Haslizah, beliau tidak dapat bekerja kerana sepenuh masa perlu menjaga kebajikan anaknya yang OKU dan dua lagi anak. 

Dikesempatan itu, Razman menyampaikan sumbangan barangan keperluan makanan asas kepada keluarga Haslizah disamping segala keperluan khas keluarga ini direkod bagi tindakan lanjut.

“Berdasarkan maklumat yang (kita) ada, keluarga (ini) telah mendapat bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun, Insya-Allah kita akan usahakan bantuan lain bagi menampung kos perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Antara bantuan lain yang amat diperlukan adalah susu khas untuk anak mereka yang OKU ini. (Insya-Allah) kita akan usahakan,” jelas Razman.

Dalam pada itu, Razman turut menziarahi mantan Siak Masjid Bukit Merah, Ismail Salleh yang kini hanya tinggal di rumah akibat keuzuran yang menjadikan pergerakannya terbatas. 

Hadir sama mengiringi beliau ialah Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Bagan Serai, Ahmad Mokhtar dan Pengerusi As-Sabiqun Bagan Serai, Termizi Mohamad. – HARAKAHDAILY 8/7/2020

- Advertisement -