Kunjungan hormat Takiyuddin ke FAM

- Advertisement -

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Parlimen), Dato’ Takiyuddin Hassan melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di Wisma FAM, semalam

- Advertisement -

Kunjungan hormat Dato’ Takiyuddin yang juga Naib Presiden FAM 2010-2017 itu membincangkan beberapa perkara antaranya berkaitan situasi semasa liga bolasepak tempatan terutama mengenai Liga Malaysia yang akan bersambung tidak lama lagi serta impak pandemik COVID-19.

Dato’Hamidin berbesar hati dengan kunjungan Dato’ Takiyuddin yang mana pernah bersama-samanya di FAM dahulu.

“Kami di FAM amat berbesar hati menerima kunjungan hormat Dato’ Takiyuddin yang dulu pernah menjadi ahli keluarga badan induk sukan ini suatu ketika dahulu.

“Dalam kesempatan ini, kami juga bercerita mengenai kisah lama dunia bola sepak dan pada masa sama Dato’ Takiyuddin nyata masih prihatin dengan isu semasa bola sepak tempatan dan negara.

“Kami juga membincangkan mengenai peta hala tuju FAM iaitu F:30 dalam memperkasakan bola sepak kebangsaan,” kata Dato’ Hamidin.

Sementara itu, Dato’ Takiyuddin yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis FAM 1997-1998 turut menyifatkan kunjungan ke FAM ini umpama sirih pulang ke gagang.

Turut hadir, Pesuruhjaya Sukan, Dr Wirdati Mohd Radzi dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.- HARAKAHDAILY 8/7/2020

- Advertisement -