Gerai warga asing diserbu DBKL

Anggota DBKL sedang melakukan pemeriksaan di premis-premis warga asing di Jalan Prima Setapak, Wangsa Maju, hari ini.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seramai 19 anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini melakukan pemeriksaan di premis-premis yang telah diusahakan oleh warga asing di Jalan Prima Setapak, Wangsa Maju.

Dalam operasi berkenaan, DBKL telah mengambil dua tindakan penguatkuasaan ke premis-premis yang ingkar dengan undang-undang.

- Advertisement -

Beberapa gerai masakan panas di lokasi berkenaan diarahkan tutup serta merta dan disita di bahwa Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan 1976 kerana tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL.

Dengan kesalahan yang sama, sebuah lagi premis gerai menjual makanan berlauk yang diusahakan oleh warganegara Indonesia di lokasi yang sama juga dikehendaki tutup serta merta dan disita.

DBKL menyeru makluman orang awam yang mempunyai maklumat perniagaan yang dilakukan oleh warga asing tanpa kebenaran boleh menghubungi pusat panggilan setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke pejabat cawangan DBKL berhampiran.- HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -