Pihak sekolah perlu pastikan SOP dipatuhi

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan ketika melawat Sekolah Menengah Zainab 2 dan Maahad Muhammadi Perempuan di sini hari ini. Foto RIZAL TAHIR
- Advertisement -

KOTA BHARU: Pengurusan sekolah hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan setelah sesi persekolahan bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat, Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, pematuhan SOP penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingin berlaku di sekolah.

- Advertisement -

Selain itu, katanya ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting bagi memberi kesedaran kepada anak-anak khususnya berkaitan kebersihan dan penjarakan sosial.

“Ibubapa hendaklah sentiasa mengingatkan anak-anak mereka supaya menjaga kebersihan diri dan tempat persekitaran mereka,” katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Zainab 2 dan Maahad Muhammadi Perempuan di sini hari ini.

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi pelajar tingkatan lima dan enam di seluruh negara.

Sekolah dan semua institusi pendidikan ditutup sejak Mac lalu ekoran penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.- HARAKAHDAILY 24/6/2020

- Advertisement -