COVID-19: 86 sembuh, 10 kes baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 86 kes sudah sembuh jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,169 atau 80.86 peratus daripada keseluruhan kes.

- Advertisement -

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 10 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 7,629 keseluruhan kes.

“Daripada 10 kes tersebut lima adalah merupakan kes jangkitan penularan tempatan dan lima daripadanya merupakan bukan daripada warganegara Malaysia,” katanya.

Demikian itu, menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 1,345 kes.

Hingga kini, ada lapan kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Noor Hisham, tiada kematian baharu dilaporkan setakat tengah hari tadi, ini bermakna jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal 115 atau 1.51 peratus daripada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan.- HARAKAHDAILY 28/5/2020

- Advertisement -