Kelantan kembali catat kes baharu

- Advertisement -

KOTA BHARU: Lebih sebulan Kelantan bebas kes baharu Covid-19, kini negeri itu kembali mencatatkan kes baharu penularan wabak itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin.

- Advertisement -

“Dari segi pengesahan sepatutnya kita tunggu pengumuman pengarah hospital.

“Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan.

“Mangsa (pesakit) balik ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi, mangsa dikatakan positif dan kini sedang dirawat di hospital,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan Kelantan di kediaman rasmi menteri besar di JKR10, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu seorang ibu mengandung yang tular di media sosial sejak petang semalam dapati positif Covid-19 dan kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Beliau bagaimanapun berharap orang ramai menunggu keputusan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sehubungan itu, Dr Izani meminta rakyat negeri itu terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelak situasi berkenaan terus berlaku.

Katanya, tidak mustahil PKP sebagaimana peringat awal akan dilaksanakan semula sekiranya orang ramai tidak mematuhi arahan dan ianya akan merugikan semua pihak.- HARAKAHDAILY 20/5/2020

- Advertisement -