Rohingya, pengaruh China dan Laut China Selatan

pengaruh
- Advertisement -

MEMAHAMI beberapa isu

(1) Situasi nasional kita hari ini wajar difahami secara menyeluruh, dalam banyak aspek;

(a) Hoax dan propaganda yang disebar oleh media cap ayam. [1]

Propaganda hari ini ialah memainkan sentimen keagamaan dan juga mazhab. Bila ada isu besar, mesti akan timbulnya isu-isu khilafiah. Bila ada isu besar, mesti dikaitkan dengan agama.

(b) Beza antara Rohingya dan penyeludupan orang.

(i) Boleh kaji mengenai sejarah asal-usul Rohingya.

(ii) Perbicaraan Ang Sung Suu Kyi pada Disember 2019.

(iii) Isu dalaman politik Myanmar – Thein Shein – Ashin Wirathu.

(iv) Perlindungan Rohingya di Bangladesh dan banyak lagi.

(c) Isu penguasaan China.

- Advertisement -

(i) Usaha China untuk merembat kepulauan kepulauan di perairan Laut China Selatan yang lebih bertujuan keselamatan mereka (berbanding petroleum).

(ii) Membina BRI sejak 2013 dan dijangka siap pada 2049, projek ini ada kaitan dengan isu penindasan terhadap Rohingya di Rekhine.

(iii) China VS Amerika, berlumba untuk muncul sebagai Pax Sinica.

(2) Kalau nak ulas semua perkara, rasanya tak muat facebook. Perlu hasilkan satu buku sebenarnya. Jadi, saya ceritakan secara kasar sahaja atau sekadar menyentuh beberapa point sahaja.

Apa yang saya tulis ini juga bersifat kajian atau pandangan, yang tak mesti dijadikan pegangan. Terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

(3) Setiap point di atas juga perlu diasing-asingkan pengkajiannya supaya tidak terkeliru. Perlu tahu mana satu Hoax, mana satu realiti. Perlu tahu mana satu isu pelarian, mana satu penyeludupan.

Perlu tahu apa hubungan China dengan Myanmar, khususnya selepas perbicaraan Ang Sung Suu Kyi, perlu tahu perancangan BRI, dan strategi pengukuhan mereka sebagai Pax Sinica.

Sejarah krisis Myanmar

(1) Sejarah asal-usul Rohingya agak panjang. Pasca 1785, Arakan telah ditawan oleh Burma. Menjadikan ada dua puak yang hidup aman damai, Muslim Arakan dan Etnik Rekhine Buddha.

Pada era Perang Dunia Kedua (1939-1945). Penduduk Rekhine menyokong Jepun, manakala Rohingya menyokong British, di sini tercetusnya pergaduhan sesama mereka.

(2) Ringkas ceritanya, pada 1948 Myanmar merdeka. Bapa kemerdekaan ketika itu ialah Aung San (ayah Suu Kyi). Namun, kelompok Tatmadaw melakukan rampasan kuasa pada 1962.

Tatmadaw ini boleh dikenali sebagai Nasionalis ekstremis Buddha. Semangat Nasionalism Buddha inilah yang mempunyai pengaruh yang besar di Myanmar.

(3) Legasi Suu Kyi berkrisis dengan kelompok Tatmadaw sejak sekian lama. Boleh kaji latar belakang beliau. Walaupun menang Pilihan Raya Perdana Menteri pada 1990, beliau dinafikan hak.

Jadi, untuk meraih pengaruh Myanmar yang dikuasai oleh Tatmadaw, beliau bertindak untuk tidak bertembung dengan mereka. Bahasa mudahnya, nak jaga politik dan pengaruhnya.

(4) Presiden Myanmar Thein Sein di kalangan Tatmadaw naik sebagai Presiden 2011 dengan sokongan geng pelampau Nasionalis ekstremis Buddha yang dikenali sebagai 969.

Geng ini mula menyerang Rohingya sejak 2012 sehinggalah dikatakan berakhir pada 2017 dengan pelbagai propaganda antaranya dakwaan Rohingya asal Bangladesh.

Kepentingan Myanmar terhadap China

(1) Pendek ceritanya dalam krisis di Myanmar, ada dua ‘batch’ pembantaian terhadap Umat Islam. Pertama di era Perang Dunia Kedua, yang kedua pada 2012 oleh kelompok Tatmadaw dan 969.

Batch pertama yang lari daripada Myanmar ada yang sudah puluhan tahun menetap di Malaysia, dan ada yang sudah melahirkan anak di Malaysia. Berbeza dengan batch kedua.

(2) Pada Disember 2019, Suu Kyi dibicarakan di mahkamah Antarabangsa dalam isu penindasan terhadap Rohingya 2.0. Beliau terpaksa cover Tatmadaw untuk menjaga survival politiknya.

Dari segi politik Antarabangsanya, Myanmar asalnya berada di blok Barat. Namun, berlakunya beberapa keretakan, dan hari ini dilihat cenderung ke arah Blok China.

(3) China yang selama ini mengintai peluang untuk menarik Myanmar dilihat mengena setelah Suu Kyi dibicarakan di mahkamah. Ini kerana China punyai agenda penting untuk ‘menggunakan’ Myanmar.

Agenda tersebut ialah sebahagian perancangan Belt And Road Initiative (BRI), dan saya telah ulas dalam artikel sebelum ini [2]. BRI pula merupakan salah satu pelan penguasaan China. [3]

(4) Penguasaan pengaruh China ini mula dilihat sejak pelancaran BRI pada 2013. Perancangan mereka ini dijangka siap pada 2049, sempena 100 tahun Republik China.

Perancangan China bukan sekadar Myanmar, tetapi melibatkan negara-negara Asean, termasuk Thailand, Laos, Kemboja dan Malaysia sendiri. Mungkin lebih khusus adalah Borneo.

Amerika VS China

(1) Dalam isu Myanmar, kita perlu sedar bahawa Daerah Rekhine adalah bahagian pantai yang merupakan tempat pelabuhan kapal. Dalam masa yang sama projek CMEC juga melalui negeri itu.

Boleh rujuk artikel sebelum ini [2] yang menghuraikan betapa pentingnya Daerah Rekhine terhadap perancangan China. Sebab itulah kecenderungan Myanmar kepada China sangat menguntungkan.

(2) Isu persaingan antara China VS Amerika ramai yang tahu. Dari sudut trade war, persaingan 5G, teknologi dan banyak lagi [4]. Ringkas ceritanya, China nak muncul sebagai kuasa besar.

Dalam memahami pengukuhan pengaruh China, kita perlu faham style mereka. Mereka menggunakan dasar ‘main redah’. Sewenang-wenang claim itu dan ini.

(3) Dalam isu perairan Laut China Selatan hakikatnya ia menjadi laluan utama perdagangan China dengan dunia luar. Jadi, untuk memastikan survival perdagangan mereka kekal kondusif, perlulah menjaga laluan itu.

Antara strategi yang dilihat ialah usaha menguasai Borneo. Hal ini pernah saya utarakan sebelum ini [5]. Bukannya dengan memasukkan tentera, tetapi menguatkan pengaruh di kepulauan itu.

(4) Apabila kita memerhatikan fenomena ini, tak pelik sekiranya hari ini mereka cuba menguasai kawasan perairan kepulauan Spratly dan Paracel pada hari ini. Saya lebih cenderung mengaitkan isu ni dengan pengaruh berbanding petroleum.

Cara mereka mudah sahaja, meredah masuk perairan orang atau tanah orang, kemudian claim ‘Ini kami punya’. Siapa yang paling rasa terancam? Bukannya Negara-negara Asean. Tetapi Amerika.

Cubaan menguatkan pengaruh China

(1) Amerika sangat sensitif dengan usaha-usaha China ini, bimbang China muncul sebagai kuasa terbesar di Eurasia. Kerisauan ini disuarakan oleh Zbignew Brezezinski dalam The Grand Chessboard. [6]

Negara-negara seperti Laos, Kemboja dan Thailand mungkin tak berani nak bangkitkan isu ini kerana menjaga hubungan diplomatik dan perdagangan dengan China.

(2) Kebimbangan Amerika ada munasabahnya kerana Amerika mensasarkan projek Pax Judaica. Usaha China untuk muncul sebagai Pax Sinica dianggap sebagai ‘kacau line’.

Amerika Israel sejak sekian lama merancang untuk menguasai laluan Tanduk Afrika. Maka China pula perlu kuasai perairan Laut China Selatan. Hal ini pun boleh baca dalam artikel sebelum ini. [6]

(3) Perlu sedar bahawa hal pengaruh China ini sangat dibimbangi berkaitan dengan politik Malaysia yang bersebelahan dengan perairan Selat Melaka dan juga ‘mempunyai’ Sabah dan Sarawak.

Sebab itulah wajar bimbang kalau ada unsur campur tangan dalam politik Malaysia. Antara yang kita dengar daripada akhbar, pengecualian visa bagi pelancong China, menurunkan harga rumah kepada orang luar dan lain-lain.

(4) Untuk menguatkan pengaruh China di Malaysia adalah dengan menimbulkan pelbagai isu dan slogan. Mungkin antara contohnya Sarawak For Sarawakian, Sabah For Sabahan dan sebagainya.

Jika kita mengkaji sejarah, sentimen sebegini dilihat sengaja ditimbulkan . Boleh mengundang pemecahan Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung. Jika menjadi, mudahlah mereka nak kuasai kepulauan itu.

Hoax dan isu kedaulatan

(1) Isu dan slogan berbaur sentimen dilambungkan oleh facebooker yang tak dikenali, media-media cap ayam dan sebagainya. Sengaja mewujudkan fenomena yang mengelirukan.

Cuba fikir, kenapa ketika Laut China Selatan sedang berkonflik, dalam masa yang sama muncul hero yang mendakwa dirinya Rohignya menuntut hak? Kemudian muncul pula isu pelarian.

(2) Dalam memahami Hoax dan permainannya, kita perlu bezakan antara pelarian Rohingya dan juga isu penyeludupan manusia, atau lebih dikenali pendatang tanpa izin.

Memang benar, dalam Islam kita wajar memberi perlindungan kepada pelarian. Tetapi bukan bermakna kita sewenang-wenangnya membuka pintu untuk pendatang tanpa izin.

(3) Sentimen membenci Rohingya atau simpati terhadap pelarian cuba dilambung oleh banyak media cap ayam, termasuk ahli politik pun. Sedangkan isu-isu lain mereka membisu; [7]

(a) ‘Pelancong’ China masuk Malaysia antara 2016-2018 yang tidak mempunyai rekod pulang ke negara mereka seramai 79,799 orang.

(b) 680 orang warga China ditangkap di Cyberjaya tanpa dokumen perjalanan pada November 2019 yang menjalankan scam berpusat di China tetapi beroperasi di Malaysia.

(c) 37 peratus daripada ribuan rumah yang dijual melalui inisiatif Malaysia My Second Home (MM2H) telah dijual kepada warga China.

(d) Perkahwinan 17,000 orang rakyat Malaysia (lelaki tempatan) dengan wanita negara China antara 2011 hingga 2015 belum didaftarkan.

(e) Empat Ahli Parlimen DAP bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada September 2019 dan memohon agar disegerakan permohonan kewarganegaraan terhadap lebih 111,000 warga asing.

[1] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3708958575812542/?d=n

[2] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3388102301231506/?d=n

[3] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3092626387445767/?d=n

[4] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3276857742355963/?d=n

https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3651037131604687/?d=n

https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3692038030837930/?d=n

https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3471499596225109/?d=n

[5] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3134002149974857/?d=n

[6] https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3118062778235461/?d=n

[7] https://www.ismaweb.net/2020/02/08/berapa-ramai-warga-china-masuk-malaysia-tapi-tak-pulang/

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 30/4/2020

- Advertisement -