Kurdish dan sempadan Turki-Syria

- Advertisement -

MUQADDIMAH

Beberapa artikel saya sebelum ini menceritakan mengenai kegetiran situasi di sempadan Turki-Syria. Sebagai muqaddimahnya, perlu baca beberapa artikel ini sebagaimana pada rujukan di bawah

(2) Kawasan sempadan Syria dan Turki panas sejak sekian lama. Perbalahan sesama orang Islam. Masing-masing nak menjaga kepentingan masing-masing. Mangsanya ialah rakyat yang tidak berdosa

Pertembungan yang tak pernah surut ini bermula dengan agenda Barat untuk menubuhkan Kurdistan Raya mengikut lakaran New Middle East oleh Ralph Peters pada 2006.

- Advertisement -

(3) Untuk menubuhkan Israel Raya yang sepatutnya dijadualkan pada tahun ini, mereka perlu memporak-perandakan Syria, kerana ia adalah negara yang bersebelahan dengan Palestin, tetapi enggan ikut strategi Amerika

Syria berbeza dengan negara-negara lain yang menjadi jiran Palestin. Arab Saudi dan Mesir sejak dahulu lagi jadi sekutu Israel. Negara-negara Arab pula sudah normalisasi dengan negara haram itu.

(4) Muqaddimah yang panjang inilah yang mencerminkan realiti hari ini dan juga masa depan Palestin yang lebih rencam. Apatah lagi pada awal tahun ini Amerika mengisytiharkan Pelan Damainya.

Iaitu pelan yang memaksa Palestin untuk berdamai dengan mereka. Negara Palestin sudah ditukar nama West Bank And Gaza walaupun secara tidak rasmi.

Mula diperalat

(1) Antara yang digariskan oleh Amerika yang ditunggangi oleh Israel ialah merealisasikan hasrat menubuhkan Israel Raya. Sebuah empayar yang dikatakan mendominasi dunia (Pax Judaica).

Pendek ceritanya, untuk merealisasikan hasrat ini perlu huru-harakan negara-negara yang keras kepala, yang mengancam Israel. Untuk mencetuskan suasana ini, perlu membakar nasionalis Puak Kurdi.

(2) Bangsa Kurdistan tiada negara khusus. Mereka hidup secara berasingan. Iaitu sebahagian di Timur Turki, sebahagian di Utara Syria, Utara Iraq dan Iran. Atau pertemuan sempadan keempat-empat negara ini.

Kurdistan ‘dicucuk’ sejak sekian lama supaya bangkit menuntut kemerdekaan sebagai sebuah negara yang khusus untuk mereka. Ditambah pula dengan orang orang ‘belakang tabir’.

(3) Kita juga perlu sedar, hakikat bangsa ini diperalat sudah tercetus sejak 1922 di saat Barat sudahpun menggulingkan Sultan Abd Hamid. Cetusan puak Kurdish ini menuntut kemerdekaan di era itu.

Tuntutan mereka itu susulan daripada Sykes Picot pada 1917. Mereka dicucuk supaya menentang Uthmaniah dengan dijanjikan negara. Negara mereka disebut dalam Perjanjian Serves 1920.

(4) Namun, selepas daripada itu dalam proses Barat mengerat-ngerat wilayah bekas jajahan Uthmanian, Negara Kurdistan tiada dalam list sepertimana yang dijanjikan.

Jadi, antara 1925 hingga 1930 dan 1937 mereka sudah mula bertindak agresif sehingga ada yang dijatuhkan hukuman sepertinya Syeikh Said Piran dan 36 orang pengikutnya.

Perang Dingin – Arab Spring

(1) Di awal Perang Dingin, wujudnya negara Kurdistan yang bersandar pada Soviet. Namun tak tahan lama. Tokoh kebangkitan Kurdi ketika itu seperti Barzani di Utara Iraq dan Abdullah Ocalan di Turki.

Abdullah Ocalan mengasaskan PKK dan di belakangnya ialah Rusia yang berideologi Marxism bertembung ideologi dengan Turki yang berideologikan Nasionalis.

(2) Walaupun PKK bertentangan dengan Nasionalis Turki, tetapi ia diterima di Syria khususnya sejak era 90-an lagi dan dibenarkan membuka pejabat oleh Hafiz Asad.

Di Iraq, susulan Perang Iraq pada 90-an hingga 2003 memberi peluang kepada Kurdish untuk mendapatkan kemerdekaan di Utara Iraq. Apatah lagi era tersebut Iraq sedang dimangsakan oleh Amerika

(3) Selepas kejatuhan Baath di Iraq, muncul sekali lagi peta negara Kurdish yang terbina atas semangat Nasionalism. Kebangkitan ini sebelum berlakunya Arab Spring 2010.

Era Arab Spring merupakan era yang terbaik untuk Nasionalism Kurdish bangkit. Kebangkitan ini disokong oleh Israel pada 2014. Apatah lagi bila direfer pada strategi pemetaan semula Asia Barat Ralph Peters yang saya nyatakan di awal tadi.

(4) Ketika kegawatan Arab Spring, mereka cuba mengukuhkan kekuatan mereka untuk merdeka pada 2016. Namun terencat akibat gangguan ISIS di rantau itu. Pada 2017 Israel sekali menyatakan sokongan ke arah kemerdekaan Kurdish Iraq.

Pada 2017 sudah hangat dengan Kurdish Spring. Namun, semakin hangat apabila Turki mengadakan operasi ketenteraan di Afrin, Syria pada awal 2018 untuk mengukuhkan proksinya di sana sambil sambil nak halau Kurdish dari situ.

2019

(1) Kita perlu sedar bahawa puak Kurdish mengimpikan empayar yang meliputi Sungai Furat, Sungai Tigris dan Pantai Mediterranean. Afrin adalah lokasi yang paling dekat dengan pantai itu.

Sepanjang 2019, kita lihat secara keseluruhan kita dapati memang mereka ke arah itu, iaitu lokasi di Timur Laut Syria yang menghubungkan terus dari Kurdistan Iraq hingga ke pantai Mediterranean.

(2) Sebab itulah garisan sempadan ini panas tak surut-surut. Tindakan yang diambil oleh Turki ialah menyerang sempadan itu atas alasan gangguan orang-orang Kurdish PKK-YPG-SDF.

Antara wilayah yang menjadi mangsa selain Afrin ialah Idlib. Sepanjang 2019 juga ada bunyi beberapa gencatan senjata. Tapi wilayah itu terus meletus. Syria pula ingin pertahan wilayahnya.

(3) Pada awal tahun ini, Turki asalnya cenderung kepada Rusia sehingga menyebabkan negara-negara Barat memandang serong kepadanya. Tapi dalam hal Turki VS Syria, tiba-tiba Rusia sokong Syria.

Tindakan ini menyebabkan Turki yang selama ini ‘menyimpan’ pelarian Syria di negaranya mula membuka sempadan Turki-Greece. Supaya ‘menarik minat’ negara-negara Barat untuk campur tangan.

(4) Sehingga kini belum ada kesudahan. Wilayah-wilayah di sepanjang sempadan itu terus rancak. Asalnya panas dengan geng ISIS, kemudian ISIS ‘dibelasah’ oleh Kurdish.

Setelah Kurdish menyapu sebahagian besar kawasan ISIS di sempadan itu, muncul pula Turki yang merasa terancam dengan Kurdish. Apabila Turki serang Kurdish, Syria pula bertindak balas terhadap Turki.

Sepanjang zaman diperalat

(1) Beberapa pengajaran kita perlu ambil dalam krisis ini. Antara Kurdish, Turki, Iran, Iraq dan Syria kesemuanya adalah Islam walaupun berbeza aliran fahaman.

Turki lebih kepada moderate. Syria, Iran dan Iraq (selepas Saddam) adalah Syiah. Manakala Kurdish pula adalah Sunni. Bergaduh sesama sendiri, sambil-sambil media melambungkan isu sektarian mazhab.

(2) Kurdish pula tak serik-serik. Dalam era Perang Dunia Pertama yang saya ceritakan tadi, mereka telahpun ditipu. Akibat percaya dengan janji manis Barat, mereka ‘mengacau Uthmaniah’.

Mereka sangkakan orang Barat nak bagi negara kepada mereka dengan usaha itu. Namun tidak, sehingga hari ini mereka terkial-kial membunuh sana sini untuk mendirikan negara mereka.

(3) Kurdish sejak dulu diperguna. Sejak zaman Hafiz Asad Syria perguna Kurdish untuk lawan Turki. Sekarang ini Israel pula yang perguna Kurdish untuk huru-harakan sempadan itu.

Israel dan Amerika asalnya menyokong perjuangan Kurdish ini. Namun sejak akhir 2019 tiba-tiba mereka mengisytiharkan penarikan diri daripada sempadan itu.

Walaupun dah tarik diri, tapi mereka tetap bantu Kurdish. Hari ini Kurdish boleh dikatakan selesa di sempadan itu dengan persenjataan. Turki mohon senjata juga, tapi tak dapat.

(4) Hari ini al Jazeera melaporkan wilayah Afrin meletus dan mengorbankan 56 orang awam. Akibat pertembungan antara Turki dan Syria. [1] Turki rasa perlu kukuhkan proksi mereka di situ.

Dalam masa yang sama Syria juga menentang Kurdish. Turki bertembung dengan Syria, Kurdish yang untung. Namun, untungnya Kurdish itu kerana Israel tetap nak ‘gunakan’ mereka dalam jangka masa panjang.

[1] https://www.aljazeera.com/news/2020/04/fuel-truck-bomb-blast-kills-dozens-syria-afrin-turkey-200428170837725.html

MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL – HARAKAHDAILY 30/4/2020

Rujukan:

(a) https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3445109698864099/?d=n

(b) https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3429340600441009/?d=n

(c) https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3381515588556844/?d=n

(d) https://www.facebook.com/100000953077134/posts/3083942908314115/?d=n

- Advertisement -