Air mata Rohingya

rohingya
- Advertisement -

ISU PELARIAN Rohingya bukanlah sesuatu yang baru. Tetapi kebelakangan ini menjadi panas sehingga bangkit ramai yang mengkritik dan mendesak agar tindakan diambil berdasarkan berita dan maklumat separuh betul dan yang direka-reka. Tanpa kita sedari ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan.

Isu Rohingya ini bermula atas nama isu kemanusiaan. Kaum yang lari kerana ditindas dan dizalimi oleh penguasa tanah airnya. Tambahan sebagai sebuah negara Islam kita terpanggil untuk membantu saudara se-Islam kita yang dalam kesusahan.

Saya masih ingat semasa saya siswa di ITM (sekarang IITM) Shah Alam dulu tahun 80-an, ketika isu pelarian Vietnam yang berpusu-pusu masuk ke perairan kita kerana lari dari rejim kuku besi Komunis Vietnam, dalam satu kuliah bulanan di Masjid Mujahideen Damansara Utama Tuan Guru Abdul Hadi Awang ditanya berkenaan pendirian Islam mengenai perkara ini. Pelarian Vietnam ketika itu rata-rata non-Muslim.

- Advertisement -

Tuan Guru memetik ayat al-Quran:

“Dan jika seorang di antara orang-orang Musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui.”

(al-Taubah: 6)

Memahamkan kami bahawa menjadi tanggungjawab Kerajaan melindungi mereka yang meminta perlindungan ini. Itu Vietnam yang non Muslim, bagaimana pula Rohingya yang Muslim?

Kita yang tidak pernah tahu nasib sebenar penderitaan kaum Rohingya ini turut mahu memberi ulasan dan komen. Dengarlah dari mereka yang pernah tidur sekhemah dan makan setalam dengan kaum ini untuk berlaku adil. Dengarlah dari mereka yang pernah sampai ke perbatasan Myanmar atau Bangladesh supaya kita punya perspektif yang sebenar.

Berikut saya kongsi catatan sahabat saya YB Tuan Hj Muhamnad Sanusi Md Nor yang pernah terlibat dalam kerja-kerja berunding dan membela nasib kaum Rohingya ini serta bersama menghulur bantuan kemanusiaan.

Catatan Saudara Sanusi Md Nor

*Saudara Sanusi adalah:
(1) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
(2) Ketua Pembangkang DUN Kedah
(3) ADUN Jeneri
(4) Mantan Setiausaha Politik YAB MB Kedah

Moga Allah membantu kita dan menunjukan jalan penyelesaian terbaik.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 28/4/2020

- Advertisement -