PN benar-benar prihatin kepada rakyat

TERIMA kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia atas pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19.

Advertisement

Saya mengharapkan dengan pengumuman ini, para petugas di barisan hadapan, golongan peniaga dan rakyat di segenap lapisan dapat menarik nafas lega, seterusnya merangsang kitaran ekonomi supaya segera pulih.

Insya-Allah pakej PRIHATIN ini akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan, dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini.

ABDUL HADI AWANG – Presiden PAS – HARAKAHDAILY 27/3/2020