Kerajaan rangsang ekonomi rakyat dan negara

- Advertisement -

SAYA nampak lain macam sikit Perdana Menteri (PM)-8 ini urus ekonomi negara. Belum pernah lagi tengok mana-mana PM sebelum ini (sepanjang hayat saya) lakukan.

Pertama kali dalam sejarah negara, kerajaan tidak lagi terikat dengan kaedah Kapitalisme dalam menyelamatkan ekonomi negara.

Daripada menyalurkan kepada tauke-tauke besar, kerajaan menyalurkan kepada rakyat teramai. Daripada memfokuskan kepada makroekonomi, kerajaan memfokuskan kepada mikroekonomi. Daripada menggunakan konsep top-down, kerajaan memilih konsep bottom-up.

Tapi tauke-tauke jangan bimbang. Duit yang disalurkan kepada rakyat ini akan dibelanjakan kepada bisnes mereka juga. Kuasa beli meningkat menjamin permintaan di pasaran.

- Advertisement -

Masih terlalu awal untuk menghakimi pendekatan kerajaan baharu ini. Apa pun ia satu permulaan yang baik ke arah menyelamatkan ekonomi negara yang sedang di ambang bahaya ini.

Selepas COVID-19, gelombang bencana yang lebih besar dijangka akan menimpa dunia global pula. The Great Recession (Kemelesetan Ekonomi Besar-besaran). Justeru bagi menghadapi sesuatu yang luar biasa, kaedah yang luar biasa juga perlu digunakan.

Inilah masa terbaik kerajaan menelaah WINS2051 dan Dokumen Hijau yang PAS tawarkan. Penyelesaian ekonomi negara berteraskan Islam sudah termaktub, menunggu masa untuk dimurnikan dan dilaksanakan sahaja.

Seeru Ala Barakatillah Kerajaan Malaysia…

(ALANG IBN SHUKRIMUN) – HARAKAHDAILY 27/3/2020

- Advertisement -