
ADA yang kata, ‘teruk betul orang Nismilan, macam tu punya besar skandal TH yang libatkan pimpinan Umno, hilang berbilion-bilion duit rakyat, masih undi lagi’.
Gini, masalahnya, PH yang anda sayang sangat tu, suka cari kebencian orang, bukannya orang suka sangat dengan Umnopun, bukan orang tak tahu Umno tu macam mana.
Kalau anda tengok semula senarai menteri-menteri yang PH ada, sampaikan Perdana Menteri sendiri orang tak suka sebab berbohong, mengarut, sombong, suka balas dendam dan suka bodohkan rakyat dengan buat semua apa yang dia orang tentang (lawan) dahulu.
Cuba tengok juga perangai Speaker dan Back Benchers Club macam si Jelutong, Kampar, Kota Melaka itu.
Habis itu bila dah jadi kebencian orang, tak ada maknanya anda bagitahu Umno tu jahat sebab sampai sekarangpun, anda masih ada kerjasama dengan Umno.
Apasal tak ambil tindakan sedangkan sudah bertahun laporan TH tu ada terperap kat pejabat anda.
Jahat Umno masa anda kalah, baik Umno sebab anda berpakat dengan dia dan dapat jadi kerajaan dan ramai jadi menteri tu.
Lepas tu bila kalah di Johor dan Nismilan, geng-geng anda mula kutuk pengundi kata teruklah, bodohlah sebab undi Umno, anda tak tahu nak hormati pilihan orang.
Anda sendiri tak boleh ‘settle’ kes-kes Umno dan masih duduk dengan Umno.
Anda keluarkan kes-kes sebegini dekat dengan pilihan raya, konon nak jadikan isu dan ambil undi secara mudah, tapi anda silap.
Bayangkan betapa hinanya PH apabila rakyat lebih sanggup bersama Umno yang PH kata korup itu berbanding dengan bersama PH, memang sangat teruklah akhlak dan budi pekerti PH di mata rakyat.
Anda ingat rakyat bodoh ke? Tak nampak anda berpeluk dengan Umno, kemudian kata Umno jahat, korup dan macam-macam?
Ingat pesan ni, rakyat melihat PH lebih teruk dari Umno.
Itu jer…
MOHD NASIR ABDULLAH – HARAKAHDAILY 3/8/2026
PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS.










