
PRESIDEN Iran, Dr. Masoud Pezeshkian mengumumkan negaranya sudah memasuki perang ‘skala penuh’ melawan Amerika Syarikat (AS) apabila AS mengebom infrastruktur penting seperti jalan raya, rel kereta api, terowongan dan jambatan. Perang tidak terarah kekuatan militer dan rudal tetapi meluas ke sektor ekonomi. Beliau menyatakan demikian ketika pertemuan Dewan Yudisial Tertinggi Iran pada minggu ketiga Julai telah dilapor media negara, iaitu IRNA (Islamic Republic News Agency).
Analisis dalam laporan media CNN pula khusus Indonesia bahawa Pezeshkian menyatakan AS menyedari ketidakmampuan untuk menundukkan Iran melalui serangan militer semata tetapi konfrontasi sektor ekonomi dan kos hidup masyarakat. Pemerintah Iran mengawasi inflasi serta tekanan hidup dilihat berpotensi memicu ketidakpuasan sosial dalam masyarakat.
Malah konflik Iran-AS juga memicu ketidakstabilan geopolitik yang luas di kawasan Timur Tengah apabila AS memperluas serangan dan memperketat sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran. Malahan Washington memperlaku sanksi baru yang menyasar puluhan individu, kapal, serta perusahaan yang diduga mendukung jaringan jualan minyak Iran.
Iran tidak diam sebaliknya melancarkan bertalu-talu peluru berpandu generasi baharu ke pangkalan tentera AS di Kuwait, iaitu pusat simpanan bekalan amunisi seperti peluru berpandu dan bom habis dimusnahkan di samping berek penginapan anggotanya turut terjejas dengan enam struktur besar hancur sepenuhnya dan tiga lagi alami kerosakan teruk.
Sistem radar dan pertahanan udara AS lumpuh dan keupayaan pengesanan tentera AS makin lemah. Aset yang paling bernilai tinggi yang dimusnahkan termasuk beberapa unit dron milik tentera AS seperti dron MQ-9 Reaper yang setiap satunya cecah USD150 juta atau RM600 juta.
Serangan peluru berpandu sebagai reaksi balas geopolitik kerana AS yang memulakan provokasi dengan melancarkan siri serangan udara membedil sasaran di dalam wilayah Iran. Ini mencabar kedaulatan negara apalagi Amerika berada beribu-ribu batu jauhnya tetapi memacakkan pangkalan tentera darat di Kuwait.
Pelan hegemoni AS menghalang penyatuan musuh-musuh mereka di Eurasia daripada menjadi kenyataan, AS akan memastikan mereka mengawal titik pertemuan antara benua Eropah, Asia dan Afrika, iaitu wilayah Timur Tengah.
Matlamat utama dasar luar Washington apabila usai Perang Dingin adalah memastikan tiada mana-mana kuasa tunggal yang berjaya mengawal atau mendominasi rantau tersebut secara mutlak. Pembinaan pangkalan tentera di wilayah Arab semata-mata sebagai polis serantau untuk mengkucar-kacirkan kestabilan musuh mereka.
Kehadiran tentera AS di Kuwait satu plan strategik untuk menjadikannya sebagai proksi dan zon penampan fizikal bagi menghalang kemaraan pengaruh Republik Islam Iran. AS mengeksploitasi kecurigaan jiran-jiran Arab dengan menggunakan janji pelaburan keselamatan dan jualan senjata berteknologi tinggi untuk memaksa negara Teluk terus bergantung kepada Washington.
Namun begitu, keberanian Iran melancarkan serangan peluru berpandu tepat ke arah kemudahan tentera AS telah memecahkan mitos bahawa mereka kuasa suci kebal yang tidak boleh disentuh. Tambahan AS secara keterlaluan campur tangan di negara luar khusus di Teluk. Mereka wajar menghadapi tindak balas yang kasar dan kejam, kerana kuasa besar Barat hanya akan faham kekuatan ketenteraan dan kos peperangan yang mahal.
Sementara media Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) mengumumkan telah melaksanakan gelombang ke-27 dari operasi militernya yang diberi nama Nasr 2. Dalam pernyataan rasmi yang dipublikasikan pada 24 Julai, IRGC telah menyerang sejumlah target kepentingan militer AS di kawasan Timur Tengah.
Sasaran tepat di sebuah pusat data terkait dengan perusahaan teknologi Amazon. IRGC juga menyatakan operasi tersebut merupakan serangan lanjutan dengan menggunakan dron terhadap depot amunisi di Pangkalan Udara Ali Al-Salem mengalami kerusakan serius akibat ledakan besar. Serangan ke kompleks barak personel di lokasi terdapat kerosakan sejumlah bangunan dan korban nyawa militer AS.
IRGC telah menguar-uarkan cerakin senarai kerosakan lengkap, iaitu radar dan pertahanan udara dengan 7 pusat arahan dan kawalan, 3 sistem komunikasi satelit, 6 radar pertahanan Patriot, 3 radar kawalan dan pemantauan udara serta maritim, 8 sistem radar pengesanan dan amaran awal, 7 radar pertahanan peluru berpandu udara, 3 sistem radar EPS, 2 radar EPS-117, 5 radar jarak jauh, 2 radar pertahanan udara dan 1 kompleks radar taktikal.
Kedua merosot teruk sokongan dan dan kemusnahan logistik, iaitu 6 pusat penyelenggaraan pesawat pejuang dan helikopter, 3 pusat sokongan dan logistiknya, 12 tangki simpanan bahan api, 17 gudang persenjataan, alat ganti kapal dan pesawat, dan 6 depot simpanan peluru berpandu. Manakala fasiliti operasi yang rosak, iaitu 6 gudang dron MQ-9, 1 premis menyimpan dan menyelenggara dan penyediaan pesawat F-15, premis dron yang mengandungi 8 dron baharu, 2 pusat arahan operasional militer, masing-masing 1 platform pengisian bahan api kapal pengangkut pesawat, premis pesawat P-8, stesen pengepaman bahan api, pusat data perisikan dan pusat kecerdasan buatan (AI) serta dan pusat pemprosesan data yang dikaitkan dengan Amazon.
Selanjutnya kerosakan teruk 4 pelancar HIMARS, 5 premis pesawat pejuang, 4 kompleks pertahanan udara Patriot, 6 pelancar peluru berpandu, 2 pusat telekomunikasi dan risikan isyarat. Kerosakan yang tidak dikesamping, iaitu masing-masing 1 pusat penyimpanan kapal kawalan jauh, jeti bahan api, pesawat pejuang F-15 di dalam shelter, pesawat P-8 dan pesawat pengangkut C-17. Selanjutnya 8 pesawat pengisian bahan api dan 4 helikopter berat serta 6 peluru berpandu simpanan telah rosak total.
Termasuk 4 shelter pesawat pejuang, 6 ramp penerbangan dan parkir pesawat. Malahan aset operasi udara turut mengalami kerosakan, iaitu 11 pesawat pejuang dan helikopter militer darat, 17 dron peninjauan dan operasi, dan 8 daripada 17 dron tersebut didakwa masih baharu, AS belum mengeluarkan penyataan rasmi atas senarai hebahan kerosakan dan tidak juga membantah senarai detail oleh IRGC ketika karya dirilis ke media. Namun demikian, seluruh klaim tersebut belum dapat diverifikasi secara independen.
Dalam pernyataan terpisah, IRGC juga menyampaikan jumlah korban di pihak militer AS lebih besar daripada yang diumumkan secara rasmi. Namun operasi militer dan jumlah korban itu belum mendapat verifikasi dari sumber independen maupun pernyataan rasmi pihak-pihak yang terlibat. Situasi keamanan di kawasan Timur Tengah masih berkecamuk dan pelbagai informasi dari IRGC dan AS menjadi perhatian awam.
Oleh itu, umat Islam mesti ikut serta dalam geopolitik kuasa dan persenjataan bukan lagi menjadi penonton pasif dan membiarkan garisan kedaulatan dicatur rencam oleh negara adidaya atau kuasa asing.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Penganalisis Antarabangsa – HARAKAHDAILY 29/7/2026











