
MENTERI Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kempen ceramah politik sempena Pilihan Raya Negeri Sembilan telah mencerakinkan manusia di bumi lazimnya memiliki tanah sendiri mengikut bangsa khusus masyarakat Cina di Benua Cina, India di Benua India, masyarakat Siam di negara Thailand dan Vietnam di negara Vietnam.
Sejarah negara dan bangsa tertera dalam dokumen arkib negara masing-masing melalui undang-undang dan perlembagaan. Melayu sama ada proto dan neutro dikaitkan gelombang migrasi manusia asal dari Adam alaihissalam bukan teori evolusi Darwin salsilah dari beruk.
Dimensi genetik Melayu asal usul bertapak disiplin bidang etimologi dan psiokolinguistik era filum sebelum rumpun Melayu dan akhirnya keluarga di Nusantara dan gugusan pulau Melayu atau Hesperanesia.
Namun di Malaysia penjajahan punca kaum negara asing menjadi sebahagian rakyat diperlihat melalui data mengikut kaum, iaitu India sekitar 8 peratus, Cina (23 peratus) , dan Bumiputera (68 peratus) menjadi populasi penduduk ditukar pada nisbah 10, iaitu seorang India, 2.5 orang Cina dan 7.5 Melayu serta Bumiputera.
Sementara memetik ujaran Tun V.T. Sambanthan, Presiden MIC 1955-1973 bahawa di negara Asia dan Asia Timür, kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Manakala kaum Cina tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain.
Awal kemerdekaan sejumlah ribuan kaum mereka diterima menjadi warganegara meskipun gagal berbahasa (Melayu) pascamerdeka 1957 termasuk Tun Sambanthan yang lahir di Tanah Melayu kemudian menyatakan bahawa masyarakat Melayu suatu “bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib”.
Beliau menyoal kaum lain khusus kaum pendatang tidak mendapat layanan politik yang lebih baik selain bangsa Melayu dicatat dalam peradaban dunia bahawa kaum lain mendapat hak sama bawah undang-undang adalah fakta.
Hakikat di lapangan kenyataan YAB Menteri Besar Kedah membuat DAP histeria menuding isu perkauman tertakluk 3R termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melarang Dato Seri Sanusi berkempen di Negeri Sembilan.
Namun pemain politik perlu faham bahawa tiada akta 3R digubal di parlimen malah pragmatik Melayu Islam dan Bumiputera tertera dalam perlembagaan Persekutuan bawah Fasal 3, 152,153, 160 dan lain-lain.
Malah Presiden UMNO dilihat macam tikus membaiki labu tanpa beliau dalam jemaah BN dan PN lebih upaya gembleng penyatuan umat dan rakyat yang majoriti berharap kaum majoriti memegang tampuk agar kaum minoriti bernaung tanpa syak wasangka berbeza kaum minoriti berkuasa menyebab populasi kaum hanya buih dan berpecah menjadi lumpur kelak.
Hikmat ujaran dan kalimat Dato’ Seri Sanusi mengingatkan Melayu dan rakyat bahawa mereka lahir dan hidup bersama kongsi kemakmuran dan jati diri serta pupuk patriotisme dalam kalangan rakyat. Elemen kebangsaan khusus pendidikan terarah pada sistem nasional bukan dapat dana awam tetapi guna pakai salibus Taiwan yang jelas songsang dari aspek ke warganegaraannya.
Titik bingit isu berkaitan Menteri Besar Kedah wajar membuat laporan polis terhadap pihak yang didakwa memanipulasi kenyataannya itu agar tindakan undang-undang termasuk saman pada mana-mana individu atau pihak yang sengaja memutar belit kenyataannya bagi kepentingan politik.
Oleh itu, keperluan rakyat yang utama banteras korupsi dan salah guna kuasa dalam tadbir urus tampuk baik negeri mahupun Putrajaya. Malah keperluan terdesak kos sara hidup tinggi dan peluang pekerjaan terhad ketika dunia risiko kesan krisis Iran-Amerika Syarikat dan Israel tiada jadual tamat perang.

DR ZULKEFLEE YAACOB
Psikososio @ Pakar Penasihat Wanita Kelantan – HARAKAHDAILY 27/7/2026











