
Soalan:
Adakah lafaz takziah yang tertentu untuk diucapkan ketika berlaku kematian dan bagaimana ucapan takziah kepada jiran yang bukan beragama Islam?
Jawapan:
Takziah adalah ucapan kepada keluarga si mati bertujuan menenangkan hati mereka atas musibah yang telah menimpa.
Tidak ada lafaz tertentu yang telah ditetapkan syarak maka boleh dengan apa sahaja ucapan yang mempunyai erti menenangkan hati keluarga si mati.
Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili:
وليس في ألفاظ التعزية شيء محدد، فيقول المعزي للمسلم: «أعظم الله أجرك وأحسن عزاءك، وغفر لميتك» وإن عزى مسلماً بكافر يقول: «أعظم الله أجرك، وأحسن عزاءك» ويمسك عن الدعاء للميت؛ لأن الدعاء والاستغفار له منهي عنه. وإن عزى كافراً بمسلم قال: «أحسن الله عزاءك، وغفر لميتك» وإن عزى كافراً بكافر قال: «أخلف الله علينا وعليك، ولانقص عددك
Ertinya: “Dan tidak ada ditetapkan lafaz tertentu bagi ucapan takziah. Maka harus orang yang mengucapkan takziah berkata: أعظم الله أجرك وأحسن عزاءك، وغفر لميتك ertinya semoga Allah membesarkan ganjaran kamu dan membaikkan kesedihan kamu dan mengampunkan mayat kamu ini. Dan jika ditakziahkan orang Islam kerana kematian orang kafir maka ucaplah: أعظم الله أجرك، وأحسن عزاءك sahaja tanpa meminta ampun bagi si mati itu kerana doa dan mohon ampun bagi mayat yang kafir adalah dilarang daripadanya. Dan jika takziahkan orang kafir kerana kematian orang Islam berkata olehnya: Semoga dielokkan kesedihan kamu dan diampunkan mayat kamu ini. Dan jika ditakziahkan yang kafir kerana kematian orang kafir maka diucapkan: أخلف الله علينا وعليك، ولانقص عددك ertinya semoga Allah menggantikan atas kami dan atas kamu dan tidak mengurangi bilangan kamu.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)
Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 24/7/2026











