Ustaz Khir lawan empat penjuru di DUN Tiram 

Ustaz Khir (tengah) hadir dalam penamaan calon DUN Tiram.
- Advertisement -

TEBRAU: Calon PERIKATAN NASIONAL daripada PAS bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Tiram, Ustaz Khirul Muntanazar Ismail atau lebih dikenali sebagai Ustaz Khir iaitu calon nombor empat akan berdepan dengan calon PH daripada DAP, Nor Zulaila Abd Ghani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Johor kali ini selain calon lain. 

- Advertisement -

Calon lain itu termasuk daripada BN ialah Datuk Abdul Halim Suleiman, manakala BERSAMA diwakili Harith Fakhrudin Abdul Malek. 

Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 DUN Tiram, Ali@Zainalabidin Syed Mohamed di pusat penamaan calon bagi N.40 DUN Tiram iaitu di Dewan Raya Taman Pelangi Indah, di sini, hari ini.  

Pencadang bagi Ustaz Khir yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Johor adalah Ihman Dari manakala penyokong beliau adalah Hatinah Suratman. 

Pimpinan PAS Negeri Johor yang mengiringi Ustaz Khir ialah Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Johor, Ustaz Abdul Razak Borhan serta Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Tebrau, Ustaz Abdullah Hussein. 

Sementara, pimpinan PAS Pusat yang mengiringi Ustaz Khir ialah Pesuruhjaya PAS Melaka, Tuan Guru Zulkifli Ismail yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Jasin. 

Selain itu, pusat penjumlahan rasmi undi bagi N.40 DUN Tiram iaitu di Dewan Raya Taman Pelangi Indah, di sini pada 11 Julai nanti. 

Hari pengundian PRN16 Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu. 

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual setakat pagi semalam, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam PRN kali ini. 

PRN Johor Ke 16 melibatkan seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan. 

PH bertanding di semua kerusi dengan PKR meletakkan 20 calon, PAN 19 calon dan DAP 17 calon. 

BN turut bertanding di kesemua 56 kerusi menerusi 36 calon Umno, 16 calon MCA dan empat calon MIC. 

PERIKATAN NASIONAL pula mengumumkan penyertaan menerusi PAS di 11 kerusi, BERSATU di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan PEJUANG di satu kerusi. 

Turut bertanding ialah MUDA di empat kerusi, PSM di satu kerusi serta BERSAMA yang dijangka meletakkan calon di 15 kerusi. 

Sebelum DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, BN menguasai 40 kerusi DUN, diikuti PH dengan 12 kerusi, PERIKATAN NASIONAL tiga kerusi dan Muda satu kerusi.  

Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini membabitkan seramai 2,727,926 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – HARAKAHDAILY 27/6/2026

- Advertisement -