
PARIT SULONG: Halim@Othman Kepol yang lebih dikenali Abang Halim diumumkan sebagai calon nombor 2 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 17 Semerah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri ke-16 Johor (PRN16 Johor) kali ini.
Pengumuman itu dibuat di pusat penamaan calon bagi N. 17 DUN Semerah iaitu di Dewan Seri Mahkota MRSM batu Pahat, di sini, hari ini.
Pencadang bagi Abang Halim ialah Selamat Abdul Hamid manakala penyokong beliau merupakan, Ayob Hamza.
Sementara itu, calon DUN BN ialah Fared Mohd Khalis, manakala PH diwakili Mohd Khuzzan Abu Bakar.
Pimpinan PAS Negeri Johor yang mengiringi Halim Othman adalah Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Johor, Tan Sri Anuar Musa sera pimpinan PAS Johor, antaranya Penolong Setiausaha PAS Johor, Faizal Rizal dan Setiausaha PAS Kawasan Parit Sulong , Selamat Hamid.
Selain itu, pusat penjumlahan rasmi undi bagi N. 17 DUN Semerah akan dibuat di Dewan Seri Mahkota MRSM batu Pahat, di sini pada 11 Julai nanti.
Hari pengundian PRN16 Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual setakat pagi semalam, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam PRN kali ini.
PRN Johor Ke 16 melibatkan seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
PH bertanding di semua kerusi dengan PKR meletakkan 20 calon, PAN 19 calon dan DAP 17 calon.
BN turut bertanding di kesemua 56 kerusi menerusi 36 calon Umno, 16 calon MCA dan empat calon MIC.
PERIKATAN NASIONAL pula mengumumkan penyertaan menerusi PAS di 11 kerusi, BERSATU di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan PEJUANG di satu kerusi.
Turut bertanding ialah MUDA di empat kerusi, PSM di satu kerusi serta BERSAMA yang dijangka meletakkan calon di 15 kerusi.
Sebelum DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, BN menguasai 40 kerusi DUN, diikuti PH dengan 12 kerusi, PERIKATAN NASIONAL tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.
Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini membabitkan seramai 2,727,926 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – HARAKAHDAILY 27/6/2026











