
MUAR: Ustaz Muhammad Amin Sailan yang lebih dikenali sebagai Ustaz Amin diumumkan sebagai calon nombor dua bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Balang yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Johor kali ini.
Pengumuman itu dibuat di pusat penamaan calon bagi N.16 DUN Sungai Balang iaitu di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Sungai Balang, di sini, hari ini.
Pencadang bagi Ustaz Amin adalah Khir Johari Kidin, manakala penyokong beliau adalah Muhammad Sahak
Sementara itu, calon DUN Sungai Balang bagi BN ialah Selamat Takim, manakala PH diwakili Ayna Soraya Badaruddin.
Pimpinan PAS Negeri Johor yang mengiringi Ustaz Amin adalah Ketua Penerangan PAS Negeri Johor, Mohd Firdaus Jaffar.
Manakala pimpinan PAS Pusat yang mengiringi Ustaz Amin ialah Naib Presiden PAS Pusat, Datuk Ustaz Idris Ahmad juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Muhammad Hanif Jamaluddin.
Selain itu, pusat penjumlahan rasmi undi bagi N.16 DUN Sungai Balang akan dibuat di Dewan Serbaguna Kampung Sarang Buaya Sungai Balang, di sini pada 11 Julai nanti.
Hari pengundian PRN16 Johor ditetapkan pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual setakat pagi semalam, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam PRN kali ini.
PRN Johor Ke 16 melibatkan seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.
PH bertanding di semua kerusi dengan PKR meletakkan 20 calon, PAN 19 calon dan DAP 17 calon.
BN turut bertanding di kesemua 56 kerusi menerusi 36 calon Umno, 16 calon MCA dan empat calon MIC.
PERIKATAN NASIONAL pula mengumumkan penyertaan menerusi PAS di 11 kerusi, BERSATU di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan PEJUANG di satu kerusi.
Turut bertanding ialah MUDA di empat kerusi, PSM di satu kerusi serta BERSAMA yang dijangka meletakkan calon di 15 kerusi.
Sebelum DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lalu, BN menguasai 40 kerusi DUN, diikuti PH dengan 12 kerusi, PERIKATAN NASIONAL tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.
Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini membabitkan seramai 2,727,926 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – HARAKAHDAILY 27/6/2026











