Saifullah sah bertanding DUN Jementah

Saifullah (empat dari kanan) calon rasmi PERIKATAN NASIONAL DUN Jementah.
- Advertisement -

SEGAMAT: Saifullah Abdul Wahab sah dinamakan sebagai calon PERIKATAN NASIONAL Pilihan Raya Negeri Johor Ke 16 (PRN 16 Johor) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pencalonan Saifullah dicadangkan oleh Mohd Hadzir Manap dan disokong oleh Juanda Ismail.

Bagi kerusi DUN Jementah, Saifullah akan berdepan pertandingan tiga penjuru menentang calon PH, Ng Kor Sim dan calon BN, See Ann Giap.

Pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan rasmi undi bagi DUN Segamat ditetapkan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Pimpinan PAS Negeri Johor yang mengiringi Saifullah ialah endahari PAS Pusat, Dato Iskandar Abdul Samad; ADUN Kenering, Perak ,Husairi Ariffin dan ADUN Titi Serong, Perak Hakimi Hamzi.

Sehubungan itu, pusat penjumlahan rasmi undi bagi N.21 DUN Semerah akan dibuat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Segamat di sini pada 11 Julai nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN16 Johor pada 11 Julai ini, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai susulan pembubaran DUN Johor pada 1 Jun lalu.

SPR sebelum ini memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam pilihan raya tersebut.

PRN Johor Ke 16 melibatkan seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Pada PRN kali ini, PH bertanding di semua 56 kerusi DUN menerusi PKR sebanyak 20 kerusi, PAN 19 kerusi dan DAP 17 kerusi. BN turut meletakkan calon di semua 56 kerusi membabitkan 36 calon Umno, 16 calon MCA dan empat calon MIC.

PERIKATAN NASIONAL pula bertanding menerusi PAS di 11 kerusi, BERSATU di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan PEJUANG di satu kerusi.

Turut bertanding ialah MUDA di empat kerusi, PSM di satu kerusi serta BERSAMA yang dijangka meletakkan calon di 15 kerusi.

Sebelum Dewan Undangan Negeri Johor dibubarkan, BN menguasai 40 kerusi DUN, diikuti PH sebanyak 12 kerusi, PERIKATAN NASIONAL tiga kerusi dan MUDA satu kerusi. – HARAKAHDAILY 27/6/2026

- Advertisement -