PRN16 Johor: Hasnul Hakimi calon rasmi DUN Endau

Hasnul Hakimi (tengah) pada hari penamaan calon DUN Endau.
- Advertisement -

MERSING: PERIKATAN NASIONAL (PN) secara rasmi mempertaruhkan Hasnul Hakimi Hussien sebagai calon bagi kerusi N.32 Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 (PRN16 Johor) selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Endau, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pencalonan Hasnul Hakimi dicadangkan oleh Sharifuddin, dan disokong oleh Bukhari Sulaiman.

Sementara itu bagi DUN Endau, Hasnul hakimi PN akan berdepan pertandingan empat penjuru menentang calon dari BN, Alwiyah Talib, calon PH, Saiful Nizam Samat dan calon dari ASLI, Jati Awang.

Pimpinan PAS yang mengiringi Hasnul hakimi adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Razman Zakaria.

Turut hadir, Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Malaysia,Tengku Muhammad Fakhruddin Tengku Md Fauzi. 

Sehubungan itu, pusat penjumlahan rasmi undi bagi N.21 DUN Semerah akan dibuat di Dewan Serbaguna Endau, di sini pada 11 Julai nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Johor Ke 16 pada 11 Julai, manakala pengundian awal berlangsung pada 7 Julai susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor pada 1 Jun lalu.

Sebelum ini SPR memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam pilihan raya tersebut.

SPR sebelum ini memaklumkan sebanyak 593 borang pencalonan telah terjual, manakala 133 bakal calon telah menjelaskan bayaran deposit sebagai syarat mengesahkan penyertaan mereka dalam pilihan raya tersebut.

PRN16 Johor melibatkan seramai 2,727,926 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan serta 12,710 anggota polis dan pasangan.

Pada PRN kali ini, PERIKATAN NASIONAL mengumumkan penyertaan menerusi PAS di 11 kerusi, BERSATU di 16 kerusi, MIPP di lima kerusi dan PEJUANG di satu kerusi.

Sementara PH bertanding di semua 56 kerusi DUN menerusi PKR sebanyak 20 kerusi, PAN 19 kerusi dan DAP 17 kerusi.

BN turut meletakkan calon di semua 56 kerusi membabitkan 36 calon Umno, 16 calon MCA dan empat calon MIC.

Berdasarkan statistik SPR, PRN kali ini membabitkan seramai 2,727,926 pemilih layak untuk mengundi merangkumi 2,703,175 pengundi biasa, 12,041 anggota tentera dan pasangan, serta 12,710 anggota polis dan pasangan. – HARAKAHDAILY 27/6/25

- Advertisement -