Mazlan Bujang lawan tiga penjuru DUN Kahang

- Advertisement -

KLUANG: Mazlan Bujang diumumkan sebagai calon PAS PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi kerusi N31 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang pada Pilihan Raya Negeri ohor ke-16 (PRN16 Johor).

- Advertisement -

Beliau akan berdepan calon BN, V. Rugendran dan calon PH, Imam Sabri dalam pertandingan tiga penjuru bagi merebut kerusi berkenaan.

Mazlan yang menerima simbol dan nombor 3 pada kertas undi, pencalonannya diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri N.31, Azurawati Wahib. 

Bagi proses penamaan calon, pencadang Mazlan ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Sembrong, Adam Suboh Salim, manakala penyokongnya ialah Ketua Penerangan PAS Kawasan Sembrong, Kornain Othman.

Mazlan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan dalam Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), selain mendapat pendidikan di Politeknik Batu Pahat dan SMK Majidi Baru. 

Berbekalkan latar belakang akademik dalam bidang kejuruteraan, beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera di Antara Steel Mills Sdn. Bhd. sebelum terus mengembangkan pengalaman profesionalnya dalam sektor pengurusan dan pentadbiran. 

Sementara itu, turut mengiringi beliau sempena hari penamaan calon PRN16 Johon di sini, hari ini ialah Setiausaha PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil, yang hadir memberikan sokongan kepada calon berkenaan.

Beliau menyatakan bahawa borang pencalonan Mazlan telah diterima dan beliau akan mewakili PAS PERIKATAN NASIONAL (PN) bagi kerusi N31 DUN Kahang.

“Dengan senario yang berlaku di Parlimen Sembrong dan calon  PAS PERIKATAN NASIONAL (PN)yang dikemukakan, saya yakin Haji Mazlan (Bujang) mampu memberikan tentangan sengit serta mencapai kemenangan,” katanya. -HARAKAHDAILY 27/6/2026

- Advertisement -