
KEBELAKANGAN ini nampaknya pimpinan BERSATU terus-menerus menyerang PAS dan pimpinan PAS termasuk Tuan Guru Presiden PAS. Sejak PAS putus hubungan dengan BERSATU, mereka anggap ini lesen besar nak serang secara terbuka.
Ada serangan ini bersifat serangan peribadi. PAS walaupun boleh balas serangan bersifat peribadi, PAS masih mahu kekalkan keharmonian dalam rumahtangga PN.
Ibarat gaduh tapi masih duduk dalam rumah yang sama. Masing-masing buat kerja masing-masinglah. Yang nak pi cucuk sarang tebuan tu apesal? Nak cari pasal ker?
Antara tuduhan mereka adalah:
- Mereka tuduh PAS nak pecat BERSATU. Hakikatnya, keahlian PN terus bertambah dan PAS kekal komited memperkukuh gabungan.
- Mereka tuduh PAS nak ambil kerusi BERSATU. Hakikatnya, BERSATU masih merupakan parti yang mempunyai agihan kerusi paling banyak dalam PN untuk Pilihan Raya Negeri Johor.
- Mereka tuduh PAS nak bekerjasama dengan Umno. Hakikatnya, PAS kekal istiqamah bersama PN dan terus memperkukuh gabungan ini sebagai alternatif kepada rakyat.
- Mereka tuduh PAS nak sekat penggunaan logo PN. Hakikatnya, PAS mencadangkan semua parti menggunakan satu logo PN sebagai lambang perpaduan gabungan.
- Mereka cuba gambarkan PAS mahu menguasai PN. Hakikatnya, PAS lebih mengutamakan kesatuan gabungan daripada kepentingan mana-mana parti.
- Mereka sibuk mencipta persepsi. Hakikatnya, PAS sibuk memperkukuh organisasi, membina dasar dan membuat persiapan menghadapi pilihan raya.
- Mereka mahu rakyat melihat PN berpecah. Hakikatnya, PAS memilih menyelesaikan perbezaan melalui saluran organisasi, bukan melalui polemik media.
Terbaru, walaupun dah ada keputusan mesyuarat, Naib Presiden BERSATU keluarkan kenyataan. Pada aku ini melanggar disiplin gabungan. Sehinggakan Pengerusi PN terpaksa keluarkan kenyataan menegur tindakan ini.
Walaupun keputusan mesyuarat tidak menyebelahi pandangan peribadi kita atau parti kita, kena terima keputusan majoriti. Itu displin dalam gabungan. Kalau kita bersikap selektif dan hanya ikut keputusan yang kena dengan selera tekak kita, payahlah macam ni. Jahanam gabungan kita.
BERSATU, cukuplah bermain persepsi, cipta polemik, tidak menguntungkan sesiapa pun terutamanya BERSATU. Ada baiknya BERSATU fokus kepada Pilihanraya Negeri Johor dan tumpukan tenaga jentera Bersatu yang ramai tu untuk menangkan kerusi kerusi BERSATU.
Orang puteh kampung aku kata “Don’t push your luck”.
Aku rasa jentera PAS dalam PRN Johor akan fokus Dun PAS bertanding sahaja. Aku rasalah. Tapi tertakluk kepada arahan pimpinan kami. Kami taat dan patuh.
Jadi BERSATU dah boleh mula nak cari jentera pasang bendera, pasang poster, buat ceramah, jadi PACA. Semua ni ikut DUN masing-masing tau.
Tapi dengan jumlah ribu riban yang hadir pelancaran jentera BERSATU aritu, sap sap soi jer kut. Tak gitu?
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Pemerhati politik – HARAKAHDAILY 25/6/2026











