
DR MARZUKI Mohamad bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin ada tulis dan sindir pengumuman oleh Tan Sri Tuan Guru Presiden PAS di Konvensyen RESET Malaysia.
Dalam tulisan tu Dr Marzuki timbulkan isu berkenaan pengumuman Ketua Pembangkang oleh Tan Sri Tuan Guru Presiden yang kononnya tidak melalui MT PN.
Okey ini respon aku ye. Aku nak tanya Dr Marzuki, masa mula mula lantik DS Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang ada lalu mesyuarat MT PN juga ke? Bukankah Tan Sri Muhyiddin ketika itu serah kepada kebijaksanaan Presiden PAS untuk melantik kerana PAS mempunyai Ahli Parlimen paling ramai dalam kelompok pembangkang.
Lagipun mengikut convention dalam sistem Westminster dan juga amalan dalam Parlimen Malaysia, Ketua Pembangkang adalah seorang ahli Parlimen yang dipersetujui oleh majoriti Ahli Parlimen bukan Kerajaan.
Dalam kes ini, PAS + RESET adalah majoriti ahli Parlimen. Maka tidak salah PAS umumkan seorang ahli Parlimen yang dipersetujui oleh majoriti Ahli Parlimen Pembangkang. Maka proses seterusnya adalah memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai keputusan tersebut. Khalas…
Bila Dr Marzuki bercakap keputusan tidak dibuat dalam mesyuarat MT PN, saya nak tanya Dr. Marzuki ketika Tan Sri Muhyiddin umumkan parti parti IPR boleh bertanding guna logo PN, mesyuarat MT PN mana yang putuskan perkara tersebut? Bukankah ini adalah keputusan politik yang sepatutnya dibuat dalam mesyuarat MT PN? Ke Tan Sri terlupa dia dah bukan Pengerusi PN?
Yang terakhir, Dr Marzuki ada tulis majlis RESET yang dihadiri oleh ribuan ahli PAS. Kat sini sebenarnya Dr Marzuki merendahkan level Dr dari seorang ahli akademik kepada Cyber Trooper BERSATU. Barangkali ni kesan berkawan dengan Tun Faisal kot?
Untuk makluman Dr, hanya pimpinan utama dan Ahli Parlimen PAS sahaja dijemput. Selebihnya ribuan yang hadir adalah ahli RESET yang kini akan menganggotai Parti Wawasan Negara. Ini fakta yang Dr Marzuki perlu terima.
Okeylah, apa kata Dr Marzuki dan BERSATU anjurkan pula Himpunan dan tengok berapa ramai pula akan hadir. Baru kita tahu ramai tak ramai Ahli BERSATU dah masuk RESET/Parti Wawasan Negara atau tak.
Salam hormat,
IR TS DR NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Penganalisis politik – HARAKAHDAILY 14/6/2026











