
TEHRAN: Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia Iran pada hari Khamis mengumumkan penutupan penuh Selat Hormuz selepas serangan pengganas Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu.
“Mulai saat ini, disebabkan oleh ketidakamanan di rantau ini, Selat Hormuz diisytiharkan tertutup untuk laluan semua kapal, termasuk kapal tangki minyak dan kapal komersial, dan sebarang lalu lintas akan disasarkan,” tegas Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia dalam satu kenyataan.
Ia pada masa yang sama mengumumkan bahawa arahan itu telah dikeluarkan susulan tindakan pencerobohan berterusan oleh AS yang berniat jahat dan memandangkan permulaan serangan oleh tentera agresif negara itu terhadap beberapa kawasan di wilayah selatan Hormozgan.
Ia juga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pegawai AS tentang laluan kapal melalui selat itu.
“Dakwaan oleh Amerika Syarikat bahawa kapal-kapal sedang transit di selat yang disebutkan (Selat Hormuz) di atas ditolak (kebenarannya),” tambah kenyataan itu.
Dalam kenyataan yang sama, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam kenyataannya berkata bahawa Selat Hormuz akan ditutup sepenuhnya sehingga akan diberitahu kelak bilakah ia akan dibuka semula. – HARAKAHDAILY 11/6/2026











