Perkembangan terkini perang Iran – negara haram Israel dan AS

- Advertisement -

SERANGAN balas tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran pagi semalam menyasarkan Tehran, Karaj, Tabriz, Urmia, Kermanshah, Pulau Kharg dan Najafabad (Isfahan) yang dilaporkan dilancarkan tentera laut rejim penjajah Zionis Israel dari Laut Mediterranean dan pesawat pejuang yang memasuki ruang udara Iraq.

Lapangan Terbang Antarabangsa Mehrabad turut disasarkan namun sejak awal pagi semalam telah dikosongkan bagi meminimumkan kemusnahan jika diserang.  Majoriti sasaran serangan tentera rejim penjajah Zionis Israel adalah fasiliti tentera Iran dan IRGC, selebihnya adalah fasiliti dan harta benda orang awam.

Berikutan serangan Republik Islam Iran ke atas negara haram Israel, Duta Amerika Syarikat ke negara haram Israel Mike Huckabee menggelar Republik Islam Iran sebagai ‘Mothership of Satan’. Dalam masa sama, rejim penjajah Zionis Israel mengumumkan akan menyekat dan menghentikan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza.

- Advertisement -

Selesai serangan tentera penjajah rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran, Kumpulan Ansarullah di Yaman melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas negara haram Israel yang menyasarkan Tel Aviv.

Tengahari berikutnya, Tentera Iran atau IRGC dengan Kumpulan Ansarullah secara bersama melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas negara haram Israel, sasaran utamanya adalah  pengkalan tentera udara Nevatim dan Tel Nof.

Tentera Iran atau IRGC mendakwa berjaya menembak jatuh dron dan beberapa peluru berpandu tentera penjajah rejim Zionis Israel.

Jurucakap Ibu Pejabat Khatam Al-Anbiya’ dari tentera Iran menyatakan bahawa buat masa sekarang ia telah memuktamadkan serangan ke atas negara haram Israel dan jika rejim penjajah Zionis Israel terus mencabuli gencatan senjata dengan menyerang Lubnan, serangan lebih besar akan dilancarkan ke atas negara haram Israel.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa agar Republik Islam Iran dan negara haram Israel menghentikan serangan dengan menegaskan bahawa ‘naval blockade’ ke atas Republik Islam Iran tetap diteruskan selagi tiada perjanjian dimenterai.

Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dalam siaran langsung sidang medianya awal malam semalam menyatakan bahawa atas permintaan Donald Trump, tentera rejim penjajah Zionis Israel menghentikan serangan ke atas Republik Islam Iran namun akan tetap meneruskan serangan ke atas Lubnan.

Tidak berapa lama selepas itu, tentera rejim penjajah Zionis Israel melancarkan serangan bertali arus ke atas Selatan Lubnan. Sebagai tindakan balas, Hizbullah melancarkan serangan peluru berpandu dan dron ke atas negara haram Israel.

Kini, Kumpulan Ansarullah mengumumkan telah melaksanakan ‘blockade’ ke atas Bab Al-Mandab khususnya ke atas kapal dagang yang mempunyai kaitan dengan rejim penjajah Zionis Israel dan sekutunya yang tentunya akan memberi impak negatif yang besar ke atas ekonomi dunia khususnya ke atas negara-negara Teluk.

Terbaharu, jurucakap HAMAS, Hazem Qassem mengesahkan bahawa Republik Islam Iran telah memaklumkan sebarang perjanjian yang bakal dimenterai antara Republik Islam Iran dan Amerika Syarikat akan dimasukkan klausa gencatan senjata sepenuhnya di Semenanjung Gaza.

“Bebaskan Masjid Al-Aqsa, Merdekakan Palestin”

DR MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat
ADUN Batu Buruk
23 Zulhijjah 1447H / 9 Jun 2026 – HARAKAHDAILY 9/6/2026

- Advertisement -