Muslimat PAS, Wanita MIPP jalin kerjasama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia telah mengadakan pertemuan bersama Wanita MIPP yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Ketua Sakthi MIPP, R Gheeta atau lebih dikenali sebagai J Lilavathi yang memimpin delegasi tersebut telah bertemu Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Kunjungan julung kali itu difahamkan telah membincangkan hubungan dua hala antara keduanya sayap wanita yang merupakan anggota komponen Perikatan Nasional (PN).

Ustazah Nuridah memberitahu, Pertemuan itu menjadi medan mendepani isu-isu terutama berkaitan hak wanita sejagat, selain mengenal budaya serta adat kaum wanita India dengan lebih dekat lagi.

Selain itu katanya, mereka juga memfokuskan pembangunan masyarakat pelbagai bangsa, kaum dan agama khususnya mendepani isu-isu bersama membabitkan wanita.

Menurutnya, mereka juga sepakat menjayakan program-program silang budaya mendekati masyarakat India dan bukam-Muslim yang lain agar menjadi pemangkin gerak kerja Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.

“Pertemuan singkat itu juga diharapkan membuahkan hasil yang baik selain hubungan bersama wanita MIPP ini akan terus berkekalan demi kebaikan masyarakat dan rakyat,” harap Nuridah.

Muslimat PAS turut diwakili Timbalan dan Naib Ketua, Dr Rosni Adam dan Salamiah Mohd Nor, serta Penolong Setiausaha, Mardhiah Hayati Zolkeplai dan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Norazlin Md Samsudin.

Kedua-dua pihak juga mengharapkan pertemuan itu dapat mengeratkan hubungan dan menjadi titik permulaan kerjasama antara Dewan Muslimat PAS bersama Wanita MIPP di pelbagai peringkat. – HARAKAHDAILY 26/5/2026

- Advertisement -