
MARMARIS, Turkiye: Pelayaran Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza dilihat sebagai manifestasi solidariti antarabangsa yang menghimpunkan aktivis dari pelbagai negara termasuk Malaysia, bagi menzahirkan sokongan terhadap rakyat Palestin yang berdepan kepungan rejim Zionis Israel.
Beberapa Ahli Parlimen PAS hadir memberi sokongan moral serta menyuntik semangat kepada delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang dalam pelayaran menuju Gaza.
Antara yang turut serta ialah Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman; Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim; dan Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit.
Misi berkenaan melibatkan lebih 40 buah kapal dengan penyertaan lebih 500 aktivis dari seluruh dunia termasuk lebih 30 aktivis Malaysia, selain pergerakan lain yang menghimpunkan lebih 50 buah kapal.
Ustaz Ahmad Tarmizi berkata, gerakan itu membawa mesej kemanusiaan merentasi benua termasuk Asia, Eropah, Amerika Syarikat dan Australia yang bersatu menentang kezaliman terhadap rakyat Gaza.
“Global Sumud Flotilla adalah mesej besar kemanusiaan yang datang daripada sanubari lubuk hati manusia yang cintakan kedamaian, yang cintakan keamanan dan dalam sama yang benci kepada kezaliman dan benci kepada kejahatan yang mereka itu nak memusnahkan kehidupan manusia lain,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menyeru rakyat Malaysia agar terus mendoakan keselamatan semua delegasi supaya dipermudahkan perjalanan sehingga selamat tiba di Gaza untuk menyampaikan salam kepada rakyat Palestin.
“Selamat perjalanan mereka Global Sumud Flotilla ini di laut Mediterranean ini yang Allah akan melindungi mereka dengan keberkatan dan dengan kerahmatan-Nya mudah-mudahan Global Sumud Flotilla 2.0 ini akan berjaya sampai menjejak kaki mereka di bumi Gaza yang sangat mulia itu insya-Allah,” jelasnya.
Beliau turut mengajak rakyat Malaysia agar terus mendoakan keselamatan delegasi agar pelayaran dipermudahkan dan selamat tiba di Gaza dalam beberapa hari perjalanan.
“Mudah-mudahan kita juga akan sampai ke bumi Gaza ke Baitul Maqdis insya-Allah dengan usaha mereka ini dengan usaha kita bersama semua,” katanya.
Sementara itu, Awang Hashim merayu rakyat Malaysia agar mendoakan kelancaran perjalanan mereka.
“Jadi kita minta, kita mohon kepada semua rakyat Malaysia doakan perjalanan ini, (semoga) Allah permudahkan.
“Dan insya-Allah semoga apa yang kita sumbang untuk rakyat Palestin ini sampai kepada rakyat Palestin yang sedang sengsara di akibat daripada ketidakadilan dan kezaliman dilakukan oleh Israel.
“(Termasuk) Amerika yang mana Yahudi laknatullah ini telah menyeksa lebih daripada 100 tahun penduduk Palestin ini.
“Inilah kita sebagai satu bangsa dunia yang tidak reda kepada kezaliman ini mesti bersatu, mesti bersatu untuk kita membantu menyokong rakyat Palestin yang mempertahankan tanah air mereka, agama mereka dan juga bangsa Palestin ini,” ujarnya.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) mengesahkan 54 kapal Global Sumud Flotilla kini berada di garisan kuning dua, kira-kira 340 batu nautika dari pantai Gaza dan dijangka memasuki zon berisiko tinggi dalam tempoh beberapa jam.
SNCC menjangkakan potensi pemintasan oleh pihak rejim Zionis adalah sangat tinggi ketika misi menghampiri kawasan tersebut yang dikatakan bertujuan menyekat koridor kemanusiaan maritim.
Sehubungan itu, SNCC turut melancarkan beberapa usaha susulan termasuk sokongan Parlimen, tindakan undang-undang antarabangsa, deklarasi diplomatik serta kempen kesedaran global berkaitan misi ke Gaza. – HARAKAHDAILY 18/5/2026











