Mohamad Noor terajui Assabiqun PAS Pusat

Mohamad Noor Mohamad
- Advertisement -

GOMBAK: Mohamad Noor Mohamad dipilih sebagai Ketua Dewan Assabiqun PAS Pusat bagi sesi kepimpinan sulung dewan itu, selepas proses pemilihan berlangsung dalam suasana tertib dan penuh semangat pada muktamarnya, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Pemilihan itu sekali gus menyaksikan pembentukan rasmi barisan kepimpinan pertama Dewan Assabiqun PAS Pusat selepas penubuhannya diluluskan sebagai salah satu sayap penting parti.

Sementara, mengisi jawatan Timbalan Ketua, Ismail Mohamed dan Rafie Mustapha masing masing dipilih bagi membantu memperkukuh pentadbiran serta gerak kerja dewan berkenaan.

Nasuha Bidin pula dipilih sebagai Pengerusi Tetap manakala Majid Hassan dilantik Timbalan Pengerusi Tetap.

Jawatan Pemeriksa Kira Kira pula disandang oleh Takiyuddin Ahmad.

Penubuhan dan pemilihan kepimpinan sulung Dewan Assabiqun PAS Pusat dilihat mampu memperkasa peranan veteran parti dalam mendepani cabaran semasa serta menyumbang pengalaman dan pandangan kepada perjuangan PAS.

Dewan itu juga dijangka menjadi pelengkap kepada Dewan Ulama PAS, Dewan Muslimat PAS dan Dewan Pemuda PAS dalam memperkukuh organisasi parti di semua peringkat.

Pengumuman keputusan pemilihan tersebut turut menerima reaksi positif daripada para perwakilan yang menyifatkannya sebagai langkah penting dalam memperkemaskan gerak kerja Assabiqun di seluruh negara.

Dengan pembentukan kepimpinan rasmi itu, Dewan Assabiqun PAS Pusat kini bersedia menggalas amanah memperkukuh agenda perjuangan parti berasaskan pengalaman serta kebijaksanaan golongan veteran. – HARAKAHDAILY 11/5/2026

- Advertisement -