Iran dedah butiran pertempuran terbaharu dengan AS

Ebrahim Zolfaghari
- Advertisement -

TEHRAN: Amerika Syarikat telah melanggar gencatan senjata terhadap Iran dengan menyerang menyasarkan dua kapal tangki minyak Iran berhampiran Selat Hormuz, serta serangan udara ke atas kawasan awam di selatan Iran, pada malam Khamis.

- Advertisement -

Dalam satu kenyataan mengenai pertempuran terbaru AS-Iran itu, jurucakap Ibu Pejabat Pusat Khatam al-Anbia, Ebrahim Zolfaghari berkata demikian, sambil menegaskan bahawa Angkatan Tentera Iran telah membalas serangan AS itu.

“Tentera Amerika Syarikat yang agresif, pengganas dan perompak melanggar gencatan senjata dengan menyasarkan sebuah kapal tangki minyak Iran yang belayar dari perairan pantai Iran di rantau Jask menuju Selat Hormuz, serta sebuah lagi kapal yang memasuki Selat Hormuz di luar pelabuhan Fujairah UAE,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa yang sama, kawasan awam telah tertakluk kepada serangan udara dengan kerjasama beberapa negara serantau di sepanjang pantai Bandar Khamir, Sirik dan Pulau Qeshm.

Zolfaghari juga menekankan bahawa Angkatan Tentera Iran dengan segera melancarkan serangan balas terhadap kapal tentera AS di timur Selat Hormuz dan selatan pelabuhan Chabahar, menyebabkan kerosakan yang besar ke atas mereka.

“Amerfika Syarikat, penjenayah dan penyerang serta negara-negara yang menyokongnya wajib tahu bahawa Republik Islam Iran, seperti pada masa lalu, akan bertindak balas dengan tegar dan tanpa sedikit pun teragak-agak terhadap sebarang tindakan pencerobohan atau serangan pihak musuh seperti mereka,” tegasnya.

Terdahulu, pihak Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) dalam kenyataan pada pada awal pagi hari ini (8 Mei) berkata, susulan pelanggaran gencatan senjata dan pencerobohan tentera pengganas AS terhadap kapal tangki minyak Iran berhampiran pelabuhan Jask, dan ketika kapal pemusnah tentera pengganas AS menghampiri Selat Hormuz, operasi gabungan serangan balas berskala besar dan tepat telah dijalankan

“Pasukan tentera laut IRGC menembak kapal pemusnah musuh menggunakan pelbagai jenis peluru berpandu balistik dan jelajah anti-kapal serta dron pemusnah yang dilengkapi dengan kepala peledak berdaya letupan tinggi,” tegas kenyataan itu. –HARAKAHDAILY 8/5/2026

- Advertisement -